Ahad, 2 Oktober 2016

Salam Maal Hijrah 1438H

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Uhukkk3.. Maaf, dah x boleh nak sambung menyanyi.. Blog ni dah berhabuk sgt, sesak nafas dibuatnya..hehe Last post pun 30 Sept 2015.. Dah lebih setahun dah blog ni menganggur..

Assalamualaikum wbt
Pertama-tama sekali, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana masih diberi nikmat iman dan islam serta masih berpeluang menjejakkan kaki ke tahun baru kalendar hijriah.. Alhamdulillah.. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta para sahabat kerna atas usaha dan kegigihan mereka, cahaya Islam telah tiba dan terpancar dalam hati kita..

Hijrah.. Apa maksud hijrah sebenarnya ya??

Hijrah itu pengorbanan...
Hijrah itu perjuangan...
Hijrah itu persaudaraan...
Hijrah membentuk perpaduan...

Itu apa yang diungkapkan oleh sekalung rangkap nasyid mengenai makna hijrah.. Tapi bagi diri kita pula bagaimana??

Bersempena dengan tahun baru ini, saya juga ingin mengambil peluang menanam azam baru untuk berhijrah.. Erm, dari Perak dah berhijrah ke Terengganu.. Dari pelajar asasi, kini mahasiswa ijazah sarjana muda.. Ooo, ada juga hijrah aku tahun ni ya.. Tapi cukupkah hijrah aku ini??

In sha Allah, pada tahun baru ni saya cuba untuk hijrahkan diri terhadap beberapa aspek :

1) Spritual / Rohani
Azam yang pasti ada setiap tahun tapi pengakhirannya pelbagai cerita.. Antara azam yang paling cuba dititikberatkan.. Haish, rindu zaman sekolah dulu.. Nak kata baik tu tidak, tapi amal masih terjaga.. Jeles gak tgk kwn2 yg masuk alam universiti ni, makin tawaduk sedangkan aku, tersengguk..hmm Mungkin dulu hidup dlm kawalan tapi skrg bebas buat keputusan.. Warning!!! Kebebasan itu merbahaya!! Kebebasan sebenarnya tak salah, tapi yang salah ialah hati yang tak mampu dikawal..

Maka solusinya, kembalilah ke pangkal jalan.. Klu dulu suka lepak surau, kenapa skrg x boleh kan.. Plan blk mutabaah amal, disiplin.. In sha Allah, cuba lah menyelit dlm mana2 grup usrah ke kemasyarakatan ke, biar ada org bimbing.. Takut hanyut nanti, dah lah duk tepi laut..hehe Dgr cita org2 ganu ni soleh2 belaka.. Negeri Tok Guru Abd Hadi Awang lak tu.. In sha Allah secure duk sini..

2) Intelektual
Cita-cita setiap pelajar mesti nak mendapatkan keputusan yg cemerlang kan.. So, kiranya aku ni masih normal la sbb ada cita2 yg sama..hehe

So, nak dipendekkan ceritanya.. In sha Allah, aim for dean list every sem.. Graduate with the first class honour degree.. And be benefits to ummah.. Aamiin!!

3) Fizikal
Erkk, bab ni susah sket..haha Sbb aku pun bkn nya sportsman.. Badan pun mcm papan..haha Tp apa salahnya kita berazam kan..huhu Ok, nak dipendekkan ceritanya minggu dpn kita tournament badminton.. UMT Open 2016.. Join je lah kan, dah ni je kemahiran yang ada.. Even, I am the youngest participant.. Mesti dyorg tgk lauk je bdk ni..haha Timba pengalaman kan..huhu Haa, jgn baca saja.. Moh dtg sokong teman, klu x pun doa2 le tak kalah first round..haha Orait, nnti kita cari event lain yang boleh kita masuk.. Tetiba semangat lak nak aktif kt sini..hehe

4) Sosial
Ni satu lg masalah besar.. Tak reti nak bersosial.. Malu tak bertempat.. Classmate sendiri pun x habis kenal walaupun dah sebulan.. Especially girls, sorry lah klu smpai habis sem pun aku tak cam korg classmate.. Lagi sedih, housemate sendiri pun x habis kenal.. Ok2, jgn kecam.. Ni nk berhijrah lah ni.. Nk bersosial sket, tp ada batas la.. Klu korg ada cara nak atasi masalah ni, komen lah kt bwh ya.. Sbb tuan badan sendiri pun tak tahu solusinya..hmm

Rasanya dah byk mengarut ni.. Mgkn entri ni lain sikit dari entri2 sblm ni.. Ye lah, setahun x menulis.. X tahu nk tulis apa..

Doa2 kan azam ni tercapai.. Yang mana baca ni, klu kenal.. Dengan rendah hatinya, dibenarkan bagi sedas tumbukan klu tgk saya masih x berhijrah lg.. Sedas je cukup, jgn lebih2.. Takut tak dapat sambut maal hijrah tahun dpn..huwaa

Akhirul kalam,
Salam Maal Hijrah 1438H
Jadilah Muslim yang bermanfaat utk Ummah..
Be qowiy, dear heart..
Kept Istiqamah..
Keep Smile And Say Alhamdulillah :')

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan