Sabtu, 30 Mei 2015

Perak vs TLDM

29 Mei 2015

Perak vs TLDM
Pasukan bola sepak Perak telah berkunjung ke Lumut bg mengadakan perlawanan persahabatan menentang TLDM.. Perlawanan tersebut berlansung di Stadium TLDM Lumut, jam 8.45 mlm..

Kehadiran pemain2 Perak ke Lumut memberikan saya kesempatan utk bertemu mereka.. Seringkali hanya melihat di kaca tv, kini peluang tersedia menyaksikan mereka secara langsung..

Sudah pastinya saya ingin bertemu pemain2 handalan Perak seperti Chad Souza, Namkung Woong, Thiago Junio Aquino, Bobby Gonzales dan ramai lg.. Plg manis pd mlm tersebut, saya berkesempatan bergambar bersama pemain yg telah menjaringkan gol bg pasukan Malaysia XI ketika menentang Tottenham Hotspurs tempoh hari iaitu Thiago Junio Aquino.. Tinggi sekali orgnya..haha

Perlawanan berkesudahan dgn keputusan pasukan Perak membelasah TLDM 8-0.. Syabas dan tahniah diucapkan kpd pasukan Seladang..

Di sini saya sertakan beberap keping gambar di sana..

Keep Smile And Say Alhamdulillah


Oh Guru 😎

29 Mei 2015

Keputsan kemasukan ke Institut Perguruan (IPG) bg lepasan SPM 2014 diumumkan.. Bg mereka yg telah berjaya menempatkan diri ke IPG, syabas dan tahniah saya ucapkan..

Saya difahamkan bahawa kira-kira 27000 permohonan kemasukan ke IPG telah dihantar pd tahun ni.. Dan selayaknya anda bersyukur kerana drpd ribuan permohonan, anda merupakan insan yg terpilih..

Terpilihnya anda ke sana bkn sekadar hanya tujuan utk melanjutkan pengajian.. Namun, anda juga secara tidak langsung telah memikul suatu bebanan yg amat berat.. Suatu misi yg cukup sukar.. Suatu amanah yg mnjadi penentu masa depan ibu pertiwi.. Kini, sdah dicop dibahu anda tanggungjawab bg mendidik anak bangsa masa hdapan mnjadi insan kamil yg akan memacu negara suatu hari nnti..

 Cabaran yg bakal anda lalui bukanlah semudah mengira 123, namun anda harus mempersiapkan diri anda dr segi fizikal mahupun mental.. Jgn mdah menyerah krn masa dpn mereka ad pd tgn anda.. Jd peganglah amanah ini dgn sebaik mungkin beserta hati yg ikhlas.. In sha Allah... Sesukar mne cabaran yg anda lalui, percayalah anda mampu menanganinya.. Seperti mana firman Allah: " Allah tdak akan membenani hamba-Nya melainkan kemampuannya" (2:286) Anda bolehh!!!

Bg mereka yg tidak berjaya menempatkan diri di sana, usah terlalu sedih.. Anda x dipilih bkn kerana anda x mmpu menggalas tugas berat ini.. Namun, Allah telah menyediakan sesuatu yg lebih baik bagi kamu.. Allah telah susun cantik jalan hidup kita.. Ap yg perlu kita lakukan cuma melalui jalan yg tlah disediakan serta berusaha mengelak drpd terbabas dari landasan..

Ya, saya x nafikan bahawa bg lepasan IPG mereka telah dijanjikan pekerjaan.. So, x perlu bersusah payah mncari pekerjaan selepas dikalungkan segulung kertas bernama 'ijazah'.. Tp adakah anda lupa bahawa drpd 99 nama Allah itu trdapat "Ya Razak".. Yg bererti Maha Pemberi Rezeki.. Ditambah lg dgn "Ya Rahman dan Ya Rahim".. Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. Adakah anda sangka dgn gagalnya anda ke sana, tertutupnya pintu rezeki anda?? Atau adakah anda sendiri yg menentukan rezeki anda?? Percayalah pd sifat Pemurah Allah itu.. Sedangkan ulat yg hidup di dlm batu masih dikurniakan Allah dgn rezeki.. Inikan pula kita manusia iaitu sebaik2 kejadian (diceritakan dlm surah At-Tin).. Ditambah pula aset tercanggih yg pernah ad di muka bumi Allah iaitu 'akal fikiran'.. Anda bebas bertebaran di muka bumi Allah utk mencari rezeki seperti yg dinyatakan Allah dlm surah Jumaah.. Tiada istilah "rezeki aku telah tertutup" andai anda gagal..

Bg mereka yg terlalu kecewa tidak dpt menceburkan diri dlm profession perguruan, peluang anda masih belum tertutup.. Masih byk lg IPTA yg menawarkan profession ini seperti UPSI, USM, UM dan sebagainya.. Peluang sentiasa ad, yg penting adalah usaha kita..

Suatu hal lg, jika anda benar2 ingin menjadi seorang pendidik, anda seharusnya memahami makna sebenar 'pendidik atau guru' itu.. Didiklah dahulu diri anda supaya redha dgn ketentuan-Nya.. Firman Allah :- " Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah itu adalah yg terbaik".. Yakinlah, ad hikmah disebalik kejadian ini..

Utk mnjadi seorang pendidik, tdak perlu utk mengajar di sekolah.. Anda mengajarkan sesuatu ilmu baru kpd seseorang, anda adalah 'pendidik'.. Anda membetulkan kesilapan seseorang, anda adalah 'pendidik'.. Sebenarnya anda juga merupakan pendidik tnpa anda sedari..

Ad diceritakan dalam suatu kisah di mana Imam As-Syafie r.a., memberi makan serta memberi layanan yg baik  kpd seorang pengemis yahudi tua yg kotor.. Seorang sahabat beliau menegur " Untuk ap engkau melayan si tua ini dgn baik sekali" Imam syafie membalas " Dia adalah guruku".. Terkejut sahabat beliau apabila mndgr hal itu.. Imam Syafie menyambung " Dia telah menunjukkan perbezaan anjing jantan dan anjing betina sehingga aku dpt membezakan antara keduanya.. Dgn bantuannya aq telah berjaya mengijtihadkan suatu hukum" Begitulah bagaimana sanjungnya Imam As-Syafie r.a. terhadap seorang tua yg mengajarnya sedikit ilmu.. Baginya dia tetap gurunya..

Benar atau tidak saya katakan, bahawa utk mnjadi guru, x perlu u
tk mengajar di sekolah.. Dgn sekelumit ilmu yg kita beri, kita juga adalah seorang guru.. Nilai kembali hati kita.. Adakah benar matlamat kita utk mendidik anak bangsa? Atau hanya mengejar title 'cikgu' itu?? Ataupun jaminan pekerjaan yg telah menanti?? Mgkn juga gaji seorang guru yg lumayan mnjadi kegilaan anda?? Sye bkn mahu berfikiran negatif, namun bg menyedarkan kembali niat asal anda.. Innama amalu bin niat.. Setiap amalan itu ditentukan melalui niatnya.. Jika mmg di dlm diri anda mempunyai sikap seorang pendidik, andai anda bkn seorang guru juga anda mampu mendidik..

Teringat saya akan slogan kata di sek ren saya dahulu, " Tanpa Guru Siapalah Kita".. Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua guru2 yg tlah mengajar saya sjak dari tadika, sek ren, sek men hingga kini saya mampu menjejakkan kaki ke alam universiti.. Sungguh jasamu akan ku kenang..

Saya mnx maaf andai ada tutur kata saya yang mengguris hati anda.. Moga entri ini bermanfaat.. Dan tergerak saya menulis entri ini adalah disebabkan sahabat baik saya yg saya amat kasihi.. Semoga jiwa pendidik akan terus menyala dlm dirimu.. In sha Allah

Whatever result u get,
Keep Smile And Say Alhamdulillah

Rabu, 27 Mei 2015

Majulah Bola Sepak Demi Negara⚽

27 Mei 2015

Dua perlawanan penting bola sepak di Malaysia.. Perlawanan tersebut ialah :-

   i) Malaysia XI vs Tottenham Hotspurs
      Stadium Shah Alam, Selangor
      Perlawanan persahabatan Piala AIA

   ii) Johor DT vs Ayeyawady United
       Stadium Larkin, Johor Bahru
       Pusingan Ke 2 Piala AFC

Perlawanan pertama membabitkan Pasukan Malaysia XI menentang pasukan jemputan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspurs dalam Piala AIA.. Perlawanan tersebut berkesudahan dgn keputusan Spurs menewaskan Malaysia 2-1😢 Kedua2 gol dari Spurs dijaringkan oleh penyerang prolifik England, Harry Kane🙌.. Manakala gol Malaysia dijaringkan oleh pemain import Perak, Thiago Aquino🙆..

Pd awalnya, sukar jgak nk sokong siapa memandangkan aq merupakan salah seorang penyokong Spurs 😀.. Namun, semangat patriotik masih berkobar dlm diri..haha Confuse!!!😱 Akhirnya kemenangan berpihak kpd pasukan Spurs.. X mengapalah Malaysia,
upcoming games wt elok2 naa 😊 As Spurs fan, tumpang gembiralah walaupun sdikit kecewa pasukan kebangsaan tewas di bumi sendiri 😂

Perlawanan kedua pula membabitkan pertembungan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menentang kelab Myanmar Ayeyawady United pada saingan peringkat ke 2 kalah mati Piala AFC.. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kpd pasukan JDT dgn keputusan 5-0😸.. Gol-gol tersebut dijaringkan oleh kapten pasukan kebangsaan Safiq Rahim serta masing2 dua gol drpd penyerang import Jorge Fereyra Diaz serta Luciano Figueroa.. Kemenangan ini melayakkan JDT mara ke peringkat suku akhir Piala AFC🙌

Kejayaan JDT membelasah kelab Myanmar itu sekaligus telah menjulang nama Malaysia di arena bola sepak Asia 😊 Lebih manis lg, x salah klu aq katakan "padan muka" trhadap kelab Myanmar tersebut dek kerana kekejaman negara mereka terhadap etnik Rohingya.. Mgkn ini salah satu cara Malaysia membalas perlakuan mereka..

Tahniah dan Syabas diucapkan kpd pasukan JDT, Malaysia XI mahupun Spurs atas persembahan yg menarik.. Semoga pasukan JDT terus mara membawa nama Malaysia dlm kancah bola sepak Asia.. Tdak lupa juga Pasukan Harimau Muda iaitu Pasukan Malaysia U-23 yg akan merebut pingat emas Sukan SEA di Singapura dan semestinya Pasukan Harimau Malaya yg akan tampil dlm perlawanan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia tdak lama lagi..

Majulah Bola Sepak Untuk Negara ⚽
Keep Smile And Say Alhamdulillah 😊


Bersederhana~

SEIMBANGKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Akhirat itu makanan, Dunia itu lazatnya..
Makanan pasti lbih mengujakan andai ia memiliki rasa yang lazat 😍
Namun, manusia akan mati tnpa mkanan.. Begitu juga manusia, layu tnpa agama 😔

Meski ia tidak lazat, perlu juga diambil demi meneruskn kelangsungan hidup.. Meski ibadah itu susah, perlu dikerjakn demi menyuburkn hati 😌

Tp pasti lebih menyelerakn andai mkanan itu lazat.. Begitu juga dgn kehidupan kita di dunia, hidup lebih ceria dan bahagia andai diatur rapi😊

Zikrul Maut

Izrail datang mencari
Akhirnya si dia ditemui
Bulu roma tegak berdiri
Tatkala menanti apa bakal terjadi

Nyawa ditarik dari dlm diri
Sakitnya pedih tidak terperi
Melihat diri sedang ditangisi
Sudah tiba masanya menghadap ilahi

Keranda sudah kata mari
Kubur jua siap digali
Jasad ditinggal seorang diri
Terbaring kaku mencium bumi

Munkar nakir sedang menanti
Hendak menjawab mulut terkunci
Berbicaralah tangan dan juga kaki
Berkata benar tidak disangkal lagi

Jika jawapan gagal diberi
Terimalah pukulan dari cemeti
Terbenam diri 7 petala bumi
Inilah kisah selepas mati

~Allahu😞😢😭

(Hasil nukilan:- Zizan2324)
#zikrulmaut
#KeepSmileAndSayAlhamdulillah😊

Selasa, 26 Mei 2015

Pengenalan~

Assalamualaikum w..b.t..
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya yg tdak seberapa ni.. Maklumlah bru belajar..haha
Tujuan saya membuat blog ni, x lain dan x bukan.. Cuma ingin berkongsi pendapat saya mengenai beberapa isu semasa yg sdg berlaku..