Ahad, 9 Oktober 2016

Karamah Saidina Ali Abi Talib ra



Assalamualaikum wbt..

In sha Allah, perkongsian pada kali ini pula melibatkan seorang lagi tokoh besar Islam iaitu Saidina Ali Bin Abi Talib ra.. Beliau merupakan Khalifah Islam ke-4 dan juga yang terakhir di kalangan Khulafa' Ar-Rasyidin..

Kawasan Rumah Saidina Ali ketika di Mekah


Saidina Ali dilahirkan di Mekah pada 13 Rejab 10 tahun sebelum kenabian Rasulullah bersamaan 15 September 601M.. Nama asalnya ialah Haydar bin Abi Talib namun Rasulullah tidak menyukainya dan memanggilnya Ali yang bererti yang memiliki darjat yang tinggi di sisi Allah.. Menerima gelaran Karamullahu wajhah iaitu semoga Allah memuliakan wajahnya.. Menurut riwayat, Saidina Ali tidak suka menggunakan wajahnya untuk memandang perkara yang buruk bahkan memandang alat kelamin ketika bersama isterinya.. Rasulullah juga pernah memanggil Ali dengan nama Abu Turab.. Beliau turut tergolong dalam 10 orang yang dijamin syurga semasa masih hidup oleh Rasulullah saw..

Mimbar digunakan Saidina Ali saat menjadi Khalifah di Kufah


Saidina Ali menjadi orang yang pertama di kalangan kanak-kanak yang memeluk Islam ketika berumur 10 tahun.. Masa remajanya banyak dihabiskan bersama Rasulullah sehingga beliau menjadi pemuda yang cerdas, berani dan bijak.. Ali diibararkan sebagai kunci untuk memasuki sebuah gudang seandainya Rasulullah itu gedung ilmu..

Saidina Ali mengajar anak muridnya di sini


Saidina Ali berketurunan Bani Hasyim dari sebelah ibunya iaitu Fatimah Binti Asad binti Hasyim.. Manakala ayahnya pula ialah Abi Talib bin Abdul Mutalib, bapa saudara kesayangan Rasulullah saw sendiri.. Saidina Ali bukan sahaja seorang sepupu kepada Rasulullah, bahkan beliau juga merupakan menantu Rasulullah apabila menikahi puteri baginda Saidatina Fatimah az-Zahra ra.. Beliau juga telah diambil Rasulullah dan Saidatina Khadijah sebagai anak angkat sejak kecil bagi membalas jasa serta meringankan beban bapa saudaranya, Abu Talib.. Keakraban Ali bersama Rasulullah digambarkan seperti Nabi Musa dan Nabi Harun as..

Makam Fatimah Binti Asad bonda Saidina Ali di Jannatul Baqi'

Makam Saidatina Fatimah az-Zahra, isteri Saidina Ali di Jannatul Baqi'

Saidina Alu bin Abi Talib ra memiliki 8 orang isteri setelah kematian Fatimah az-Zahra ra serta memiliki kesuluruhan 36 orang cahaya mata.. 18 putera serta 18 puteri yang mana dua anak lelakinya yang terkenal ialah cucu Rasulullah saw, Saidina Hasan dan Husain ra..

Makam Saidina Hassan di Jannatul Baqi', Madinah

Makam Saidina Hussain di Karbala, Iraq

Makam Abul Fadl, putera Saidina Ali di Karbala, Iraq

Makam Abbas, putera Saidina Ali di Karbala, Iraq

Makam Zaynab, puteri Saidina Ali di Damascus, Syria


Keturunan Ali melalui Saidatina Fatimah dikenal dengan Syarif yang bererti bangsawan dan Sayyid iaitu tuan.. Keturunan langsung Rasulullah ini dihormati oleh puak Sunni mahupun Syiah.. Keturunan Saidina Ali dari waris yang lainnya turut tersebar dan dikenali sebagai Alawiyin atau Alawiyah dan mendapat gelaran Sayyid atau Sayyidah..

Nama Saidina Ali turut terukir dalam peristiwa Hijrah apabila beliau menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda semasa cubaan bunuh Rasulullah oleh kafir Quraisy.. Keberanaian Saidina Ali turut ditonjolkan di dalam peperangan bersama pedangnya, Zulfikar.. Antara peperangan bersama Rasulullah yang disertainya ialah Perang Badar, Khandaq dan Khaibar..

Saidina Ali tidur di tiang ini saat menggantikan Rasulullah dalam peristiwa Hijrah


Saidina Ali telah turun ke medan perang buat pertama kalinya ketika berusia 25 tahun dalam Peperangan Badar.. Beliau menjadi pahlawan hebat dalam peperangan tersebut bersama Hamzah ra.. Dalam peperangan Khandaq pula, sekali lagi Ali menunjukkan kepahlawanannya apabila tebasan pedangnya, Zulfikar mengakibatkan Amar bin Abdi Wud menjadi dua bahagian.. Ketika Perang Khaibar, beliau turut menjadi figura utama apabila berjaya menghancurkan benteng Khaibar dan membunuh seorang musuh bernama Mahrab..

Pedang Zulfikar yang terkenal milik Saidina Ali

Koleksi pedang milik Saidina Ali


Beliau juga turut menyertai beberapa peperangan yang lain kecuali Perang Tabuk.. Rasulullah telah mengamanahkan beliau untuk menjadi wakil Kota Madinah dan bertindak menjaga kota tersebut..

Setelah Rasulullah wafat, terdapat sedikit perselisihan mengenai siapa pengganti Rasulullah bagi memimpin umat Islam.. Kaum Syiah berpendapat Saidina Ali yang layak berdasarkan riwayat Ghadir Khum dari Rasulullah.. Namun, puak Sunni masih setia kepada keputusan musyawarah melantik Saidina Abu Bakar..

Dalam perjalanan pulang ke Madinah dari Haji Wada', Rasulullah bersama rombongan singgah bermalam di suatu tempat bernama Ghadir Khum.. Pada malam tersebut, Rasulullah telah keluar dari khemahnya dan berkhutbah sambil memegang tangan Saidina Ali.. Baginda bersabda " Barang siapa menganggap aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang mengakui kepimpinannya dan musuhilah orang yang memusuhinya." Hal ini lah yang menjadi pegangan puak Syiah..

Di kawasan inilah berlakunya peristiwa riwayat Ghadir Khum


Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan ra, Saidina Ali telah dilantik menjadi khalifah ke-4 Khulafa' Ar-Rasyidin.. Beliau memerintah selama 5 tahun, mewarisi kekacauan yang timbul di zaman pemerintahan Saidina Uthman.. Untuk pertama kalinya berlaku peperangan saudara dalam sejarah Islam iaitu Perang Jamal semasa pemerintahan beliau.. 20 000 pasukan pimpinan Saidina Ali menentang 30 000 pasukan pimpinan Zubair al-Awwam, Talhah Bin Ubaidillah dan 'Aishah binti Abu Bakar, janda Rasullah saw.. Peperangan ini dimenangi pasukan Saidina Ali..

Pada akhir pemerintahan Saidina Ali, tercetus pula Perang Siffin diantara pasukan Saidina Ali dengan pasukan Muawiyyah bin Abu Sufian.. Saidina Ali wafat pada usia 63 tahun pada tanggal 21 Ramadan 40H ketika sedang mengimankan solat subuh di Masjid Kufah.. Beliau telah dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam dari puak Khawarij..

Tempat Saidina Ali dibunuh ketika mengimamkan solat Subuh


Saidina Ali telah dimakamkan secara rahsia di Najaf, Iraq.. Namun, ada riwayat mengatakan beliau dimakamkan di tempat lain.. Maka, dengan ini berakhirlah sistem pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin digantikan oleh sistem kekhalifan secara turun-temurun.. Muawiyyah bin Abu Sufian telah mengasaskan Kekhalifahan Bani Umaiyah menggantikan Sistem Khulafa' Ar-Rasyidin..

Makam Saidina Ali di Najaf, Iraq

Masjid Saidina Ali di mana letaknya makam Saidina Ali di Najaf, Iraq


KARAMAH SAIDINA ALI


1) Mampu Berdialog dengan Penghuni Kubur

Menurut Sa'id bin Musayyab, beliau serta para sahabat yang lain telah menziarahi kubur-kubur di Madinah bersama Saidina Ali.. Ketika itu, Saidina Ali bertanyakan khabar penghuni kubur tersebut di alam barzakh serta mereka kembali bertanya kepada Saidina Ali perihal isteri, anak dan harta mereka..

2) Menyambung Kembali Tangan yang Terpotong

Terdapat seorang hamba berkulit hitam telah dijatuhi hukuman oleh Saidina Ali potong tangan kerana mencuri.. Ketika dia melewati Salman al-Farisi, beliau bertanya "Siapa yang telah memotong tanganmu?" Dia menjawab, "Amirul Mukminin, pemimpin besar umat Islam, menantu Rasulullah dan suami al-Bathul (Fatimah)".. Salman al-Farisi kehairanan hamba tersebut tetap memuji Saidina Ali walaupun dia telah dijatuhi hukuman oleh beliau.. Hamba tersebut menjawab "Mengapa aku tidak memujinya? Dia memotong tanganku sehingga tinggal satu sesuai dengan kebenaran dan bererti dia telah menyelamatkan aku dari azab neraka yang pedih"

Salman menceritakan hal ini kepada Ali.. Saidina Ali memanggil hamba itu dan meletakkan tangan yang dipotong di bawah lengannya lalu ditutup dengan selendang.. Kemudian Ali berdoa serta terdengar seruan dari langit "Angkat selendang itu!" Dengan izin Allah, tangannya kembali seperti asal..

3) Pengisar Gandumnya Bekerja Sendiri

Rasulullah menyuruh Abu Dzar memanggil Ali.. Setibanya di rumah Ali, Abu Dzar mendapati pengisar gandumnya sedang mengisar gandum sedangkan tiada sesiapa di situ.. Rasulullah melaporkan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda "Hai Abu Dzar! Tahukah engkau bahawa Allah memiliki malaikat2 yang berjalan2 di bumi dan mereka diperintahkan untuk membantu keluarga Nabi Muhammad"

4) Allah SWT Memerintahkan Malaikat Mikail Menahan Putaran Matahari Kerana Sikap Ali

Saidina Ali sedang tergesa-gesa ke masjid untuk Solat Subuh bersama Rasulullah.. Di tengah jalan, beliau terpaksa melambatkan langkahnya kerana terdapat seorang lelaki tua dan tidak berniat mendahuluinya kerana rasa hormat.. Maka, Ali terlewat sampai dan didapati bahawa lelaki tua tersebut seorang Nasrani.. Ketika beliau memasuki masjid, Rasulullah sedang rukuk.. Maka, sempatlah dia berjemaah..

Seusai solat, para sahabat bertanya mengapa baginda menanjangkan waktu rukuk padahal sebelum ini tidak.. Rasulullah bersabda bahawa ketika rukuk, malaikat Jibrail meletakkan sayapnya di belakang baginda hingga baginda tidak mampu bangun.. Malaikat Jibrail menerangkan bahawa Allah memerintahkan agar baginda tetap rukuk sehingga tibanya Saidina Ali..

Tetapi menurut Jibrail, itu tidak menghairankan.. Yang lebih menghairankan, Allah memerintahkan malaikat Mikail menahan putaran matahari dengan sayapnya.. Nabi saw bersabda "Inilah darjat orang yang memuliakan orang tua meskipun dia seorang Nasrani."

6) Mengangkat Pintu Benteng Khaibar Seorang Diri

Ketika Perang Khaibar, Rasulullah bersabda "Esok pagi aku akan memberikan panji kepada seseorang yang dicintai Allah dan rasul-Nya dan dia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya. Allah akan memberikan kemenangan dalam tangannya" Ternyata orang itu ialah Saidina Ali..

Menurut Abu Rafi', pelayan Rasulullah, seorang Yahudi telah memukul Ali dan beliau melemparkan perisai di tangannya.. Oleh itu, Ali telah mencapai sebuah pintu pada benteng dan dijadikan perisai.. Sepanjang peperangan, Ali menggunakannya sebagai perisai sehingga mencapai kemenangan..

Setelah perang selesai, Ali melemparkan pintu itu sehingga jauhnya 80 jengkal.. Abu Rafi' beserta 7 orang yang lainnya cuba mengangkat pintu itu namun tidak termampu.. Menurut Jabir ra, setelah dilempar Ali, pintu itu cuba diangkat oleh 40 orang namun tidak termampu.. Setelah itu, 70 orang pemuda mengangkat pintu itu dan meletakkannya di tempat asal..




Khamis, 6 Oktober 2016

Karamah Saidina Uthman Bin Affan ra


Assalamualaikum wbt..

In sha Allah, kini kita telah sampai kepada kisah mengenai Khalifah ke-3 dari kalangan Khulafa' Ar-Rasyidin, Saidina Uthman Ibn Affan ra.. Nama lengkapnya ialah Uthman bin Affan bin Abil As bin Umayyah bin Abd asy-Syams bin Abdi Manaf bin Qusyai bin Kilab dari keturunan Bani Umayyah.. Dilahirkan 6 tahun selepas tahun Gajah di Mekah oleh Arwa binti Kuriz bin Rabi'ah..

Beliau merupakan salah seorang as-Sabiqunal awwalun iaitu orang2 terdahulu memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar dan tersenarai di kalangan 10 Sahabat dijanjikan syurga semasa mereka masih hidup.. Menerima panggilan Abu Abdullah dan gelaran Zunurrain yang bermaksud yang memiliki dua cahaya kerana menikahi dua orang anak Rasulullah saw iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum ra..

Makam Ruqayyah dan Ummu Kalthum di Jannatul Baqi'


Selain menikahi Ruqayyah dan Ummi Kalthum, Uthman juga pernah menikahi Fakhasyah, Ummul Banin binti Unaib, Ramlah binti Shubait, Nailah al-Farafsa, Fatimah binti al-Walid dan Ummu Amr binti Jundub.. Hasil perkahwinannya, beliau memperoleh beberapa orang putera dan puteri seperti Abdullah al-Akbar, Abdullah al-Ashgar, Amru, Umar, Khalid dan ramai lagi..

Uthman terkenal sebagai seorang saudagar yang kaya raya di Mekah mahupun Madinah.. Beliau membesar dengan akhlak yang mulia seperti pemalu, pendiam, suci lisannya, sopan santun dan tidak pernah menyakiti orang lain.. Beliau juga tidak pernah mengamalkan amalan jahiliah seperti meminum arak, berzina dan membunuh.. Uthman merupakan di antara mereka yang berhijrah sebanyak 2 kali iaitu hijrah pertama ke Habsyah dan hijrah kedua ke Madinah..

Rumah Saidina Uthman sebelum dirobohkan kerajaan Saudi awal 1900-an

Kebun milik Saidina Uthman di Madinah

Pada peristiwa Hudaibiah, Uthman dilantik Rasulullah untuk menemui Abu Sufian di Mekah.. Ia bertujuan bagi memaklumi mereka tujuan rombongan Islam hanyalah untuk beribadah di Ka'abah.. Kemudian, tersebarnya berita Uthman telah dibunuh oleh kafir Quraisy.. Kecintaan umat Islam terhadap Uthman mendorong terjadinya Baiah al-Ridhwan bagi menuntut bela kematian beliau.. Kafir Quraisy yang ketakutan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dan memulangkan Uthman.. Maka, pertumpahan darah dapat dielakkan dan terhasilnya Perjanjian Hudaibiah..

Tempat Baiah al-Ridhwan dilaksanakan


Kepimpinan Uthman disedari Rasulullah apabila beliau diberi kepercayaan untuk menjadi wakil kota Madinah semasa Perang Zatir Riqa dan Perang Ghatafan..



Saya berpeluang melihat sendiri 2 bilah Pedang Saidina Uthman di Melaka


Kedermawanan beliau turut terserlah apabila membeli telaga jernih dari seorang Yahudi berharga 200 000 dirham untuk kegunaan orang ramai, memperbesar Masjid Nabawi dan membeli tanah di sekitanya, mendermakan 1000 ekor unta, 79 ekor kuda dan 100 dirham dalam Perang Tabuk bersamaan 1/3 kos ekspedisi serta memberi gandum yang dibawa 1000 unta untuk kaum miskin yang dilanda kemarau..

Telaga yang dibeli Uthman serta diwakafkan kepada umum


Setelah kewafatan Saidina Umar, beliau telah memilih 6 orang sebagai jawatankuasa Majlis Syura bagi pelantikan khalifah ke-3 yang terdiri daripada Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Abd Rahman Auf, Zubair al-Awwam, Talhah Ubaidillah dan Saad Abi Waqas.. Abd Rahman bertindak sebagai pengerusi manakala Zubair, Talhah dan Saad menarik diri.. Hasil kutipan suara, Uthman dilantik menjadi Khalifah ke-3 Khulafa' Ar-Rasyidin.. 

Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 644M sehingga 656M iaitu selama 12 tahun.. Beliau juga merupakan khalifah tertua yang dilantik pada usia 70 tahun.. Zaman pemerintahan Uthman merupakan zaman yang paling makmur dan sejahtera.. 

Beliau merupakan khalifah pertama yang memperbesar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.. Beliau juga telah menubuhkan mahkamah dan menjadi perintis penubuhan angkatan laut Islam yang pertama bagi perluasan kuasa.. Hasilnya, Syria, Palestin, Lebanon, Afrika Utara, Iran, Armenia, Afghanistan, Pulau Cyprus dan Pulau Rhodes jatuh ke tangan Islam.. 

Selain itu, antara sumbangannya yang terbesar ialah menyeragamkan mushaf Al-Quran yang disebut Mushaf Uthmani.. Beliau juga akan membebaskan hamba setiap hari Jumaat..

Al-Quran pertama Mushaf Uthmani tulisan tangan Saidina Uthman


Dalam zaman pemerintahannya, tercetuslah kekacauan yang didalangi Abdullah bin Saba'.. Akibatnya, berlakulah usaha untuk melakukan pemberontakan dan membunuh Saidina Uthman.. Hassan dan Hussain bin Ali serta Zubair bin Awwam bertindak mengawasi rumah beliau tetapi diminta untuk pulang oleh Uthman.. Ketika pemberontak memasuki rumah Uthman, dia ditemani isterinya, Nailah.. Beberapa jari Nailah terputus kerana ditetak oleh pedang ketika melindungi Uthman yang sedang membaca Al-Quran..

Al-Quran yang dibaca Uthman saat pembunuhannya


Akhirnya, pada tanggal 12 Zulhijjah 35H bersamaan 17 Jun 656M, Saidina Uthman dibunuh oleh pihak pemberontak.. Maka, kembalilah Uthman kepada pencipta-Nya dan bertemu kekasihnya Rasulullah di pagi mulia hari Jumaat ketika sedang berpuasa.. Beliau telah dimakamkan di Jannatul Baqi', Madinah..

Makam Saidina Uthman Affan di Jannatul Baqi', Madinah


KARAMAH SAIDINA UTHMAN AFFAN RA


1) Para Malaikat Malu Padanya

Aishah menceritakan, suatu hari Saidina Abu Bakar datang ke rumahnya bertemu Rasulullah.. Ketika itu, Rasulullah sedang berbaring dan betisnya tersingkap.. Kemudian, datang pula Umar dan Rasulullah tetap dengan kedudukan asalnya.. Apabila Uthman tiba, baginda lantas membetulkan duduk dan pakaiannya.. Aishah bertanya tentang hal itu dan baginda menjawab " Tidakkah aku akan malu kepada seseorang yang sesungguhnya malaikat telah malu kepadanya?"

2) Mampu Melihat Bekas Zina di Mata Orang

Suatu hari, seorang lelaki telah mencuri pandang terhadap seorang wanita rupawan dan kemudiannya dia datang kepada Uthman.. Uthman kemudian berkata " Bagaimanakah kaum yang datang kepadaku sementara di mata mereka ada bekas zina"..

3) Allah Menyiksa Orang Yang Menyakiti Uthman

Ibn Umar ra menceritakan, " Bahawa Jahjah al-Ghifari mendekati Uthman yang berada di atas mimbar, merebut tongkatnya lalu mematahkannya.. Tidak sampai setahun, Allah menimpakan penyakit yang melemahkan tangannya hingga meragut nyawanya..
(Riwayat al-Barudi dan Ibnu Sakan)

4) Mengetahui Hari Kematiannya

Uthman telah melihat Rasulullah sebelum beliau dibunuh.. Rasulullah bertanya "Uthman, apakah mereka mengurungmu?" Uthman menjawab "Ya". Lalu Rasulullah memberi Uthman minum sampai puas.. Rasulullah bersabda lagi " Jika engkau mahu bebas, maka engkau akan bebas, dan jika engkau mahu makan bersama kami, maka mari ikut kami" Uthman memilih untuk makan bersama mereka dan Uthman wafat..

Begitulah kisah menarik Saidina Uthman Affan.. Semoga dapat diambil ibrah dari sifat luhur dan kedermawanan beliau.. In sha Allah, jika berkesempatan saya akan kongsikan pula dengan lebih lanjut mengenai kisah Saidina Uthman Affan melalui ulasan novel Khalifah Uthman Affan Pengumpul Al-Quran karya Abdul Latip Talib..

Khalifah Uthman Affan Pengumpul Al-Quran


Wallahualam..
Keep Smile And Say Alhamdulillah :')

Rabu, 5 Oktober 2016

Karamah Saidina Umar Al-Khattab ra


Assalamualaikum wbt..

Jadi In sha Allah pada kali ini saya akan berkongsi pula mengenai seorang lagi sahabat mulia Rasulullah saw, Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab ra, Khalifah kedua pimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq.. Menerima gelaran Al-Farouk yang bererti pemisah antara kebenaran dan kebatilan..

Saidina Umar Al-Khattab dilahirkan pada tahun 586M di Mekah hasil perkongsian hidup Khattab ibn Nufayl dengan Hantamah binti Hisyam.. Terkenal dengan penentangannya terhadap Islam pada suatu ketika dahulu namun akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegas dan berani..

Saidina Umar mempunyai hubungan kekeluargaan dengan baginda Rasulullah apabila Rasulullah menikahi anaknya Hafsah Binti Umar.. Di samping itu, Umar juga dikurniakan beberapa orang anak yang menjadi tokoh Islam yang terkenal seperti Abdullah bin Umar yang lebih dikenali Ibn Umar, Abd Rahman Ibn Umar, Ubaidullah Ibn Umar, Hafsah Binti Umar, Asim Ibn Umar bahkan warisnya terus melahirkan insan hebat seperti cicit beliau Khalifah Umar Abdul Aziz..

Makam Hafsah binti Umar, isteri Rasulullah di Perkuburan Baqi', Madinah

Makam Ubaidillah Ibn Umar di Homs, Syria

Makam Abdullah Ibn Umar di Mekah


Saidina Umar memerintah selama 10 tahun, bermula 634M sehingga 644M.. Beliau merupakan pemimpin yang Islam yang giat menjalankan perluasan kuasa sehingga digeruni oleh kuasa besar Rom dan Parsi.. Antaranya menguasai Syria, Palestin, Mesir, Turki, Iraq dan Afrika Utara.. Tidak lupa juga kebajikan rakyat tetap dititikberatkan melalui pembinaan sistem pengairan, penubuhan baitulmal, penyusunan cukai dan banyak lagi.. Saidina Umar tidak mampu untuk tidur di siang hari memikirkan urusan rakyatnya dan tidak tidur di malam harinya memikirkan urusannya dengan Allah.. Begitulah peribadi kezuhudan Umar..

Umar Al-Khattab bersolat di sini setelah membebaskan Palestin.. Kini, dikenali sebagai Masjid Umar di Jerusalem..

Syiling yang digunakan semasa pemerintahan Saidina Umar

Saya berpeluang melihat sendiri pedang Saidina Umar di Melaka



Menurut seorang penganalisis Barat, Michael M. Hart, Saidina Umar Al-Khattab merupakan individu ke-52 paling berpengaruh di dunia mendahului Julius Caesar, pemimpin agung Kerajaan Rom yang menghuni tangga ke-67.. Sekali lagi, beliau mengatasi Julius Caesar dari segi jumlah luas perluasan kuasa mengejutkan pengkaji-pengkaji Barat sehingga nama beliau kian tersohor.. Hal ini juga membuktikan kepimpinan Saidina Umar diakui sarjana Barat.. Michael M. Hart juga telah meletakkan Nabi Muhammad saw sebagai individu paling berpengaruh di dunia di samping Nabi Isa as di tangga ke-3..

Buku karangan Michael M. Hart


Saidina Umar Al-Khattab wafat pada tahun 644 di Madinah ketika mengimami solat subuh.. Beliau ditikam oleh seorang hamba Parsi, Abu Lu'luah dan dengan ini berakhirnya pemerintahan Khalifah Umar.. Saidina Umar telah dimakamkan di Masjid Nabawi bersebelahan dengan makam Rasulullah dan Saidina Abu Bakar..

Kawasan Saidina Umar ditikam Abu Lu'luah ketika mengimami solat di Masjid Nabawi

Makam Saidina Umar bersebelahan makam Rasulullah dan Saidina Abu Bakar di Masjid Nabawi


KARAMAH SAIDINA UMAR RA


1) Syaitan Takut kepada Umar

"Demi Allah, yang jiwaku berada di tangan-Nya, tiada menemuimu syaitan yang sedang berjalan di jalanan melainkan terpaksa mencari jalan yang lain dari yang  engkau jalani"
(HR Bukhari dan Muslim)

2) Mampu Berbicara dengan Orang Mati

Ibn Abi Dunya meriwayatkan bahawa Saidina Umar mengucapkan salam dan bertanya keadaan ahli kubur ketika melewati perkuburan Baqi'..

3) Malaikat Berbicara Dengannya

Dari Abu Hurairah ra, Rasullah saw bersabda " Antara umat2 sebelum kalian, ada al-Muhaddathun (orang diberi ilham oleh Allah melalui malaikat). Jika ada orang seperti itu dalam kalangan umatku, dialah Umar"
(HR Bukhari dan Muslim)

4) Mampu Melihat dan Berkomunikasi dari Jarak Jauh

Ketika terjadinya peperangan menentang Parsi di Gerbang Nihawan semasa pemerintahan Khalifah Umar, Sariyah bin Zanim al-Khalji ra dan pasukan pimpinannya berputus asa.. Sementara di Madinah, Saidina Umar sedang memberikan khutbah.. Di tengah khutbahnya, Saidina Umar berteriak " Hai Sariyah, berlindunglah ke gunung. Barang siapa menyuruh serigala untuk mengembalakan kambing, maka ia telah berlaku zalim!" Suara Saidina Umar didengari tentera Islam di Gerbang Nihawan lantas berlindung ke gunung.. Akhirnya mereka selamat dan menperoleh kemenangan..

5) Menenangkan Gempa Bumi

Menurut Imam al-Haramain dalam kitab al-Syaamil telah berlaku gempa bumi semasa pemerintahan Umar.. Umar mengucapkan pujian kepada Allah dan memukul bumi dengan kantung tempat susu sambil berkata " Tenanglah engkau bumi, bukankah aku telah berlaku adil kepadamu".. Maka, bumi pun berhenti bergegar dengan izin Allah..

6) Memerintahkan Sungai Nil untuk Mengalir

Pada zaman jahiliah, setiap tahun Sungai Nil akan tidak mengalir dan penduduk Mesir akan melemparkan seorang gadis perawan ke dalam sungai sebagai korban.. Setelah kedatangan Islam ke Mesir, penduduk Mesir mengadu kepada Amru Al-As mengenai hal ini dan beliau melarang meneruskan tradisi ini.. Setelah 3 bulan tetap Sungai Nil tidak mengalir.. Amru mengadukan hal ini kepada Khalifah Umar dan beliau menyuruh Amru mencampakkan secarik kertas yang dikirim olehnya.. Surat tersebut mengandui tulisan tangan Umar yang berbunyi " Jika kamu mengalir dengan sendiri, maka jangan mengalir. Namun jika Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang mengalirkanmu, maka kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa untuk membuatmu mengalir".. Setelah Amru mencampaknya, Sungai Nil benar2 kering sehingga penduduk Mesir bersedia untuk berpindah.. Pagi harinya, Allah swt mengalirkan Sungai Nil 16 hasta dalam satu malam dan akan terus mengalir sehingga Hari Kiamat..

7) Mengetahui Pembunuh Sahabatnya Sebelum Peristiwa Terjadi

Umar pernah memimpin satu pasukan ke Syam.. Sekumpulan orang menghalanginya, lalu dia berpaling sehingga peristiwa ini berulang sebanyak 3 kali.. Umar menyatakan di dalam sekumpulan orang tersebut terdapat pembunuh Uthman dan Ali ra..

8) Api Taat Perintah Umar

Suatu kampung telah dilanda kebakaran di Madinah.. Kemudian, Umar menulis di atas sehelai kain " Wahai api, padamlah dengan izin Allah!" Kain itu dilemparkam ke dalam api, maka langsung terpadam..

9) Dilindungi Dua Ekor Harimau

Utusan Raja Rom datang menghadap Umar.. Ketika dia telah mengangkat pedangnya, Allah mengeluarkan dua ekor harimau dari bumi menyerangnya.. Pedang di tanganntya terlepas.. Umar yang tidak menyedari apa yang terjadi bertanya kepada utusan itu.. Dia menceritakan peristiwa tersebut lantas memeluk Islam..

Berikutlah beberapa karamah yang dikurniakan Allah kepada Saidina Umar Al-Khattab ra.. Semoga dengan kisah ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan kecintaan kita kepada Rasulullah dan para sahabat..

In sha Allah, jika berkesempatan saya akan menceritakan dengan lebih mendalam mengenai peribadi Umar Al-Khattab melalui ulasan buku Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam karya Abdul Latip Talib..

Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam


Wallahualam..
Keep Smile And Say Alhamdulillah :')


Selasa, 4 Oktober 2016

Karamah Abu Bakar As-Siddiq ra



Assalamualaikum wbt..

In sha Allah, sahabat pertama yang akan dikongsikan pastilah tidak lain dan tidak bukan, sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah saw sendiri, Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra, Khalifah pertama pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin..

Abdullah bin Uthman bin Amir bin Ka'ab at-Taimy al-Quraisy nama diberi.. Nama asalnya Abdul Ka'bah sebelum Rasulullah menukarnya kepada Abdullah.. Menerima gelaran As-Siddiq kerana membenarkan peristiwa Israk dan Mikraj.. Dilahirkan pada tahun 751 Masihi hasil perkahwinan Abu Quhafah dengan Ummul Khair Salma binti Shahr bin Amir bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim.. Beliau juga menerima gelaran Al-Atiq kerana gemar membebaskan hamba.. Merupakan lelaki pertama memeluk Islam setelah Saidatina Khadijah ra.. Bersama-sama Saidina Ali, kanak-kanak pertama memeluk Islam serta Zaid Bin Harithah golongan hamba pertama memeluk Islam..

Pengislaman beliau memberi sinar kepada Islam apabila turut berjaya mengislamkan Abdul Rahman Bin Auf, Uthman Bin Affan, Sa'ad Bin Abi Waqas, Zubair Bin Awwam dan Talhah Bin Ubaidillah ra.. Yang mana mereka ini tersenarai di antara 10 orang dijamin syurga oleh Rasulullah semasa masih hidup lagi.. Selain bergelar sahabat Rasulullah, beliau juga merupakan bapa mertua Rasulullah saw hasil perkahwinan baginda denfan Siti 'Aishah binti Abu Bakar ra.. Beliau juga merupakan sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah serta menyertai hampir kebanyakan perang bersama Rasulullah seperti Perang Badar, Uhud, Khandaq, Fathu Makkah, Hunain serta Tabuk..

Pedang milik Saidina Abu Bakar



Abu Bakar pernah menikah dengan Qutailah bin Abdul Uzza bin Abd bin As'ad pada zaman jahiliah.. Hasilnya lahirlah Abdullah dan Asma'.. Mereka berdua terkenal dengan kisah mereka dalam menjayakan peristiwa Hijrah Rasulullah saw.. Abdullah bin Abu Bakar berperanan menyaluran maklumat mengenai kegiatan kafir Quraisy semasa Rasulullah dan ayahandanya bersembunyi di dalam Gua Tsur manakala  Asma' binti Abu Bakar pula berulang-alik dari Mekah ke Gua Tsur bagi membekalkan makanan buat baginda Rasulullah dan Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah.. Asma' juga merupakan isteri kepada seorang sahabat agung Zubair Al-Awwam..

Makam Asma' Binti Abu Bakar


Beliau juga pernah menikahi Ummu Rumman binti Amir bin Uwaimir bin Zuhal bin Dahman.. Hasilnya lahirlah Abdul Rahman dan 'Aishah.. Abdul Rahman bin Abu Bakar memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiah dan terkenal kerana menentang Kekhalifahan Bani Umaiyah.. Manakala Saidatina 'Aishah merupakan Ummahatul Mukminin iaitu isteri baginda saw dan merupakan cendekiawan tersohor Islam..

Makam Saidatina 'Aishah di Perkuburan Baqi', Madinah

Makam Abdul Rahman bin Abu Bakar di Mekah


Beliau turut menikahi Asma' binti Umais bin Ma'ad bin Taim al-Khats'amiah yang juga bekas isteri Ja'afar bin Abi Talib.. Hasilnya lahirlah Muhammad bin Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai Ibnu Abu Bakar.. Ibnu Abu Bakar juga merupakan anak angkat kesayangan Saidina Ali ra..

Makam Muhammad Bin Abu Bakar di Cairo, Mesir


Beliau juga menikahi Habibah binti Kharjiah bin Zaid bin Zuhair.. Hasilnya lahirlah Ummu Kalthum yang dilahirkan setelah wafatnya Saidina Abu Bakar..

Saidina Abu Bakar menjawat jawatan khalifah selama 2 tahun 3 bulan.. Sepanjang pemerintahannya, beliau berjaya menumpaskan golongan al-Riddah dan murtad.. Sebelum wafat, beliau telah mewasiatkan Saidina Umar Al-Khattab sebagai penggantinya..

Balai Bani Sa'adah, tempat Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah


Beliau wafat pada tahun 12 Hijrah ketika berusia 63 tahun dan dimakamkan bersebelahan makam Rasulullah saw..

Makam Saidina Abu Bakar bersebelahan dengan Makam Nabi di Masjid Nabawi


KARAMAH SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

1) Makanan sedikit menjadi banyak

Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah bwekunjung ke rumah beliau.. Makanan yang sedikit mencukupi untuk menjamu keseluruhan tetamu..

Kawasan rumah Abu Bakar di Mekah


2) Mengetahui kematiannya dan jantina anaknya yang belum lahir

Sebelum Abu Bakar wafat, beliau ada mewasiatkan 20 wasaq kurma kepada Aishah dan dibahagikan kepada 2 saudara lelaki dan 2 saudara perempuannya.. Sedangkan ketika itu Aishah cuma memiliki Asma' Binti Abu Bakar sebagai saudara perempuannya.. Setelah wafatnya Saidina Abu Bakar, lahirlah puteri bongsu beliau Ummu Kalthum.. Maka, barulah Aisyah memahami wasiat ayahandanya..

3) Jenazahnya boleh bercakap

Ketika jenazah Abu Bakar dibawa ke pintu makam Nabi saw, jenazahnya mengucapkan "Assalamualaika ya Rasulullah, ini aku, Abu Bakar telah sampai ke pintumu" Tiba-tiba pintu makam Nabi terbuka dan terdengar suatu suara dari makam "Masuklah wahai kekasihku".. Menurut Imam Sayuti, hal ini sebagai tanda karamah seorang sahabat meskipun telah meninggal dunia..

In sha Allah, jika berpeluang dapatlah saya berkongsi dengan lebih mendalam mengenai peribadi hebat Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra daripada ulasan buku Abu Bakar Sahabat Sejati karya Abdul Latip Talib..



Walluhalam..

Keep Smile And Say Alhamdulillah :')