Isnin, 24 Ogos 2015

24 Ogos

24 Ogos
Tarikh keramat bagi diriku
Meskipun tiada dalam catitan
Namun masih segar dalam ingatan

24 Ogos
Bermulanya sebuah cerita
Bukan dongeng bukan khayalan
Yang membuat aku tertanya-tanya

24 Ogos
Bayu lembut angin meniup mesra
Menambah keindahan malam isninnya
Ditemani suara kanak-kanak riang gembira

24 Ogos
30 pasang mata menjadi saksi
Dihadapan mereka peristiwa terjadi
Namun tak siapa antaranya yang mengerti

24 Ogos
Ku catat apa yang diluah
Meskipun tika itu kurangnya pemahaman
Dek bahasanya penuh kiasan

24 Ogos
Lantas kotak fikiran mula berkerja
Mencari tafsiran disebalik kata
Pelbagai persepsi mula menerpa

24 Ogos
Tempoh 6 tahun masa diberi
Untuk membawa warisku ke mari
Bagi mengeratkan tali silaturrahim

24 Ogos
3 bulan daku menanti
Segala yang kuragui terlerai kini
Khalayanku bukan lagi fantasi

24 Ogos
Syukur ke hadrat-Mu Ilahi
Kau pinjamkan daku akan
Seorang insan mulia bernama Sahabat

24 Ogos
Hari ini genaplah setahun berlalu pergi
Aku kembali menyingkap pintu memori
Pelbagai perasaan singgah di hati

24 Ogos
Aku sedar hamba-Mu itu cuma pinjaman
Buat diriku yang sering lalai
Untuk memanduku kembali mencari jalan

24 Ogos
Kebahagiaan yang Engkau salur melaluinya
Sungguh nikmat yang amatku syukuri
Mungkin tak bisa lagi diganti

24 Ogos
Ku harap dia bukannya sementara
Bahkan ingin menjadi pendamping setia
Ku pohon dari-Mu moga doaku diterima

24 Ogos
Namun jika Engkau takdirkan
Menariknya kembali dariku
Aku redha akan ketentuan-Mu Ilahi

24 Ogos
Bukannya cereka dongeng semata
Ku harap "perbincangan" malam itu
Kan kekal menjadi impian kita

Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurratu a'yun wajaalna lil muttaqi na imama
Amin Ya Rabbal Alamin

Keep Smile And Say Alhamdulillah







Ahad, 23 Ogos 2015

Semangat Yang Hilang

Semangat..
Rapuhnya bak sarang lelabah
Diberikan sedikit tekanan
Hancur luluh menanti rebah

Telah berkali-kali aku tersungkur
Sedangkan baru dua purnama
Diuji, ditekan, sedih dan muram
Kian sebati dalam diri

Ku menanti kata azimat
Meniup kembali semangat yang hilang
Namun impian kian menjadi angan
Jauh ditiup bersama bayu harapan

Kadangkala datangnya 'bantuan'
Memapahku kembali kuat
Bicaranya menikam kalbu
Menyuburkan hati yang kian layu

Namun, sampai bila ku harus berharap
Belaian semangat darinya tuk terus kuat
Hati manusia kan berubah
Tiada jaminan bagi esok harinya

Mungkin hari ini dia bertanya
Apa yang terjadi padamu
Siapa tahu esok pula katanya
Masalahmu bukan masalahku

Harapanku kepada yang 'tua' pula
Untuk terus mendukung agar kuat
Namun, perjalanan mereka kian singkat
Sebelum bertemu Sang Pencipta

Ku harapkan para sahabat
Tak selamanya mereka setia
Ku harapkan pula ibu bapa
Itupun selagi mereka masih ada

Lalu ke mana lagi ku perlu bergantung
Pabila semua yang ku sayang
Tak lagi bisa aku berpaut
Perlukah kini aku rebah

والي ربك فارغاب
Surah Al-Insyirah ayat 8
Dan hanya kepada Tuhanmu lah Engkau berharap
Jawapan terhadap segala persoalan

Kini hanya kepada Dia aku berharap
Meniup kembali roh semangat
Menghidupkan hati yang kian mati
Menyuburkan qalbu yang semakin layu

Bukanku tak berharap lagi pada mereka
Si insan yang teramat aku kasihi
Namun ku telah lalui perit luluh hati ini
Cukuplah sekadar hanya kali ini

Namun cintaku tak pernah pudar
Kepada mereka yang memberi harapan
Ibu bapa serta sahabat taulan
Kasihmu kan sentiasa bersamaku

Biarlah kali ini aku membawa diri
Untuk mengerti hidup berdikari
Tanpa mereka yang dikasihi disisi
In sha Allah aku kan kembali lagi

Be Strong For Yourself
Keep Smile And Say Alhamdulillah

Sabtu, 1 Ogos 2015

Bisikan Yang Esa

Aku sedih 
Aku kecewa
Perasaan bercampur baur
Seperti ada sahaja yang tidak kena
Bermain dlm ruang lingkup fikiranku
Keluhan menjadi hiburan
Renungan menjadi hobi
Namun,
Suatu saat..
Datangnya bisikan dari yg Esa
لا يكالف الله نفسا الا وسعها
لا تحزان، ان الله معنا
ان الله مع الصبرين
الصبر االضعف ايمان

Bersabarlah ya duhai hati
Please be qowiy
Keep Smile And Say Alhamdulillah 


Sebuah Pertemuan

Setiap pertemuan yg terjadi pasti mempunyai asbab tersendiri yg telah diatur dgn sebaik mungkin oleh Yang Maha Bijaksana..
Mungkin dia dihantar utk mengubah hidup kita atau kita yg akan mengubah mereka..:') Meskipun mungkin akan hanya mengubah seketika..
Di sini saya memberikan satu analogi..
Seorang kaya terjumpa dgn seorang pengemis di tepi jalan meminta sedekah.. Tiba2, terdetik di hatinya perasaan belas kasihan sesama insan dan rasa bersyukur atas nikmat yg dikurniakan ke atas dirinya.. Beliau menghulurkan wang RM10 kpd pengemis tersebut.. Selang beberapa langkah setelah berlalu... Praaangg!!! Beliau dilanggar dan meninggal dunia di tmpt kejadian.. Allahu :'(
Namun, di hatinya masih menyimpan perasaan kasihan sesama insan dan kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Ilahi.. Meskipun sebelum ini tidak pernah terlintas di hatinya perasaan tersebut.. Adakah kamu menyangka Allah akan membiarkn hamba-Nya yg sedemikian begitu sahaja?? Adakah kamu lupa akan janji Allah dlm surah Al-Zalzalah ayat ke 7-8?? Bahawa sekecil zarah sekalipun amalan manusia akn dihitung~
Dan adakah perasaan syukur terhadap nikmat Ilahi itu hadir tanpa iman?? Janji Allah andai ada sebesar zarah iman di dlm diri kamu.. Ganjaran syurga 10x luas dunia buatnya..
Lihatlah pertemuan yg diatur oleh Allah, sgt bijak.. Pertemuan yg seringkas ini mampu menarik ke jannah-Nya..
Ayuh sahabat sekalian, pimpinlah sahabat kita menuju redha-Nya.. Dan sedialah mnerima teguran yg berguna.. Hatta, pertemuan ringkas dgn si pengemis mampu menjadi asbab ke syurga.. Inikan pula sahabat yg sentiasa berdamping di sisi~ Allahu :')
#HargaiSahabatAnda
#Ukhuwahfillah
Keep Smile And Say Alhamdulillah


Manusia Dan Bunga

Hakikat manusia mudah terpikat dgn lontaran ayat yang berbunga-bunga.. Terutamanya bagi kaum hawa..
Bunga Rafflesia, bentuknya ckup besar bahkan gah bergelar Bunga Terbesar Dunia.. Namun, ia mengeluarkan bau yg busuk..
Bunga Mawar pula, meski bentuknya kecil, ia menghasilkan haruman serta indah mata memandang..
Begitulah hakikat manusia kini,
Ada yg megah berkata2, namun tiada membawa apa2 makna bahkan ianya semua dusta belaka..
Ada pula yg diam serta berhati2 dlm melontar kata.. Namun, disebalik kata2nya terselit pelbagai hikmah..
Buatlah pilihan anda sendiri utk mnjadi bunga yg mana..
Keep Smile And Say Alhamdulillah



Ego

Bukan semua yg kukuh perlu dibina.. Adakalanya ia juga perlu diruntuhkn..
Untuk memiliki rumah yg kukuh,
perlu dibina dindingnya..
Namun, untuk memiliki hati yg utuh,
perlu diruntuh egonya
#hatisado
Keep Smile And Say Alhamdulillah

Ini Dunia, Bukan Syurga

Terasa malu apabila org lain menganggap kita baik, sedangkan diri kita sendiri lebih tahu betapa jahilnya diri ini..
Alhamdulillah, Allah tutup aib kita..
Namun, saat kesalahan mula terlihat..
Lantas mereka menghukum..
Seolah diri ini terlalu sempurna..
Tidak pernah tersilap langkah..
Diibiratkan diri ini seperti Sang Azazil..
Mengapa??
Mereka terlalu cepat menghukum..
Oh yaa..
Akuterlupa..
INI DUNIA, BUKAN SYURGA
Tabahlah wahai hati..
Keep Smile And Say Alhamdulillah 


Sang Pengembala Dan Kambing

Hidup kita di dunia ni umpama kambing dan pengembalanya..
Si Pengembala akan melepaskn kambingnya.. Kambing tersebut bebas utk meragut rumput dan sebagainya.. Namun, apabila tiba masanya, Si Pengembala akan memanggil kembali kambing2nya masuk ke dlm kandang..
Beginilah realiti kehidupan manusia di muka bumi ni.. Allah membiarkan manusia bebas bertebaran di muka bumi-Nya.. Dan suatu saat, pasti Allah akan memanggil kembali makhluk-Nya..
Malukah kita diumpamakan seperti kambing???
Usah malu kerana kambing tersebut juga turut berbakti kpd tuannya dengan membekalkn susu, daging dan sebagainya.
Malulah kita andai kita tiada bakti (amalan) untuk dibawa kepada Allah Tuhan kita..
Jika tiada bekalan yang kita bawa semasa menghadap-Nya, maka kita lebih teruk di si kambing tersebut..
Allahu~
Keep Smile And Say Alhamdulillah