Ahad, 20 September 2015

Nasihat Seorang Sahabat

Dari Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :-
" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin memberimu minyak wangi atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya dan kalaupun tidak engkau tetap akan mendapat bau harum darinya. Sedangkan tukang besi bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak engkau tetap mendapat bau asapnya yang tidak sedap "
(HR Bukhari dan Muslim)

Seorang sahabat merupakan insan yang sangat hampir dalam hidup kita selain ahli keluarga.. Berdasarkan hadith di atas, dapat kita simpulkan keperluan mencari sahabat yang baik.. Kerana sahabat yang soleh/solehah akan memimpin kita ke syurga sedangkan sahabat yang durjana akan menarik kita ke neraka.. Nauzubillahiminzalik..

Bukannya jika kita mempunyai seorang sahabat yang kurang baik, langsung kita tinggalkannya.. Maka, terkontang kantinglah dia dalam mencari nur Ilahi.. Dan lebih sedih sekiranya dia terus hanyut diulit keindahan duniawi..

Maka, kita sebagai seorang sahabat yang kasih akan kawan kita (uhibbuki fillah) cehwah.. Friendship till jannah..huhu adakah wajar kita tinggalkan dia sedemikian.. Usah berangan "Friendship till Jannah" jika di dunia ini kau sudah tinggalkan dia, mana mungkin ingin bersama-sama ke syurga.. Dia terkapai-kapai meminta bantuanmu dari jatuh ke neraka, malah kau tepis tangannya hingga dia jatuh ke lembah neraka.. Allahu~ Dan jika tersalah langkah, sahabatmu tadi akan menjadi hujah buatmu di sana nanti..
" Kenapa kau tak tegur aku dulu? "
Pertanyaan ini akan menghantui anda di sana nanti malah bisa menjadi asbab tertangguhnya perjalanan kita menuju syurga Allah..

Manusia itu diberi amanah menjadi khalifah.. Dan tanggungjawab menjadi khalifah itu cukup berat.. Hinggakan gunung-ganang enggan memikul tugas ini..

Firman Allah :-
Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. “ 
(Surah Al-Ahzab : 72)

Maka, laksanakanlah amanah kalian dengan sebaik mungkin.. Kita adalah umat yang terbaik kerna adanya amalan amar makruf nahi mungkar.. Nasihatlah sahabat anda seandainya dia ada melakukan kesilapan kerna manusia ini tak lari dari khilaf dan sifat jahil.. Cuma Dia Yang Maha Sempurna lagi Maha Mengetahui..

Jika telah nasihat, namun dia masih mengulanginya lagi.. Jika anda kuat, teruskan menasihatinya kerna kita adalah 'insan' yang bererti pelupa.. Dan jika disingkap kamus inggeris 'insane' itu pula bererti gila atau tidak sedar.. Maka kitalah insan terpilih menyedarkannya..

Jika saya sendiri, jika saya telah nasihatkannya 3 kali, jika dia tidak berubah, saya berhenti...Saya tewas.. Sungguh saya tidak segagah para rasul dan sahabat yang tetap istiqamah.. Namun, kita sebagai umat Islam, kita masih punya senjata yang utuh iaitu 'doa'.. Jika dengan kata-kata, kita bisa mematahkan hujah manusia.. Maka, dengan doa kita bisa mematahkan hati manusia.. Sedangkan jika kita meminati seseorang itu sekalipun kita perlu berdoa, begitulah juga konsepnya pada seorang sahabat..

Jika mulutmu telah lelah berkata, tembak hatinya melalui doa..Kita telah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.. Maka, kini tugas Allah memulihkan hatinya.. Jika telah penat meraih simpati peminjam hati, raihlah simpati si Pemilik hati.. Tugas kita cuma menyampaikan, hidayah itu milik Allah.. Kita cuma perantara serta asbab.. Inilah apa yang saya belajar dari jemaah-jemaah tabligh.. Katanya "mungkin kita sampaikan dakwah di sini, namun mungkin Allah turunkan hidayah di New York.. Beribu orang memeluk Islam di sana atas asbab kita bantu agama Allah di sini"

Haaa, jika anda telah laksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna, maka anda adalah sahabat yang 'awesome'.. Mcm ni lah baru boleh sebut "uhibbukifillah".. Aku cintakan kau kerana Allah!! "Ukhuwahfillah" Tali persahabatan kerana Allah!! "Friendship till Jannah"..

Alahai, sweetnya jika ikatan tali persahabatan ini disulami dengan syariat Allah.. Barulah boleh masuk syurga sama-sama.. Lepak bawah pokok di sana sama-sama.. Hirup sungai susu berjemaah.. Sungguh nilai syurga itu bukan murah, maka usahakanlah..
In sha Allah..
Moga Allah redha..

Uhibbukifillah!!!
Ukhuwahfillah!!!
Friendship till Jannah!!!
In sha Allah ; -)

Keep Smile And Say Alhamdulillah



Jumaat, 11 September 2015

Cemburu VS Syukur

Aku cemburu..
Melihat mereka yang punya lunak alunan suara
Lenggok bunyinya mampu menitiskan air mata
Tanpa mengira muslimin mahupun muslimat
Redup hati tatkala diperdengarkan bacaan ayat suci
Tenang qalbu saat melontarkan kalimah pujian Zikrullah

Namun aku bersyukur..
Meski tidak dikurniakan nikmat sebegitu
Lidahku masih fasih melontarkan kalimah suci
Mampu membasahi hati yang kian tandus dan gersang
Walau tidak mampu menitiskan air mata yang mendengar
Tapi masih mampu memecahkan kantung mutiara dalam diri


Aku cemburu..
Melihat mereka yang mempunyai bentuk tubuh gagah perkasa
Mengangkat dumbell telah menjadi zikir harian
Gimnasium menjadi tempat mereka beriktikaf
Gah menayangkan bengkak-bengkak di tubuh mereka
Namun, jika diajak turun berjuang adakah kalian berani

Namun aku bersyukur..
Dengan sekeping papan pada tubuh yang aku miliki
Masih aku mampu menjalankan tuntutan-Nya
Masih bisa mengharungi samudera yang mengaum menelan manusia
Dengan tubuh kerdil ini pasti kalian tidak akan percaya
Apa yang mereka lakukan, aku juga mampu


Aku cemburu..
Melihat mereka yang bertubuh tinggi bak pencakar langit
Wajah diserikan lagi dengan ketampanan memukau
Para wanita yang melihatnya pasti kan tidak lena tidurnya
Terbias wajah mereka sepanjang waktu dan ketika
Menjadi pujaan walau di mana kau berada

Namun aku bersyukur
Meski tinggiku cuma separas lidi jika dibandingkan mereka
Wajahnya pula tidaklah menjadi pujaan para hawa
Sekurang-kurangnya aku tidak menjadi asbab kecundangnya mereka
Kehadiranku juga bagai tidak dirasai
Aku lebih selesa begini mengelak fitnah bagi si hawa


Aku cemburu..
Melihat mereka yang punyai keupayaan berfikir sepantas komuter
Diajar sekali, mampu diulangnya berkali-kali
Ilmu dunia, ilmu akhirat semua mereka sapu
Beruntungnya jika aku juga dikurniakan akal sebegitu

Namun aku bersyukur..
Keterbatasanku menguasai ilmu-ilmu tersebut
Menjadikanku untuk berusaha lebih gigih dan giat
Bukannya aku sudah cukup puas dengan ilmu yang telah aku miliki
Sifat manusia itu kan selalu dahagakan ilmu
Namun, kegigihanku kadangkala memberikan kepuasan


Aku cemburu..
Melihat mereka yang berjawatan tinggi
Kata-kata mereka semua dituruti
Pengikut mereka ramai tidak terperi
Hingga membuatkan aku terasa iri
Apakan daya aku cuma si kuli

Namun aku bersyukur..
Tidak dibebani dengan tanggungjawab yang melampau
Sehingga terpaksa mengabaikan tuntutan keluarga tercinta
Pengikut yang ramai tersebut akan menjadi hujah buat diri
Saat bertemu Allah Yang Esa nanti



Bersyukurlah dengan apa yang kita sedang miliki.. Rasailah nikmatnya dengan sebaik mungkin.. Usah iri hati dengan kelebihan yang mereka miliki.. Kelebihan tersebut merupakan anugerah buat mereka.. Namun, bisa menjadi hujah terhadap diri jika disalah gunakan..

Firman Allah: -
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
( Ar-Rahman 55:23 )


Bukan aku tidak mahu menjadi seperti mereka.. Namun, sedang cuba mendidik hati agar bersyukur..

Aku juga ingin menjadi gagah..
Sepertimana hadis Rasulullah :-

" Seorang mukmin yang gagah itu lebih mulia disisi Allah berbanding mukmin yang lemah dan pada keduanya ada kebaikan "
(HR Muslim)

Aku juga ingin mempunyai rupa paras yang menarik.. Sepertimana satu pepatah Arab :-

" Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan"

Aku juga inginkan suara yang merdu.. Sepertimana sabda Nabi saw :-

" Bukan dari kalangan kita orang-orang yang tidak memperindahkan suaranya ketika membaca Al-Quran"
(HR Bukhari)


Namun, terimalah seadanya bahagian kita yang telah dikurniakan Allah.. Mungkin ada nikmat lain yang lebih besar bakal dikurniakan.. Bersangka baiklah kepada Allah..

Firman Allah: -
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu amat menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu "
(Al-Baqarah 2:216)

"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa"
(Al-Hujurat 49:13)

Allah tidak memandang akan rupa paras fizikal kita tetapi ketakwaan yang menjadi ukuran.. Yang diberikan kelebihan merupakan bonus dari Allah dan salurkan lah ia ke jalan yang sepatutnya.. Dan yang memiliki kekurangan juga akan dibalas dgn berlipat ganda oleh Allah atas usaha keras kamu meraih redha Allah.. Maka, gunakanlah kelebihan mahupun kelemahan bagi meraih redha Allah.. Seeking Mardhatillah..

Maka, hasil perkongsian saya di atas, terbitnya satu formula yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita iaitu: -

" Syukur - Cemburu = Qana'ah "

Yang bermaksud apabila perasaan syukur mengatasi sifat cemburu, maka akan terbitnya Qana'ah iaitu berasa cukup dengan setiap pemberian..

Moga penulisan ini bermanfaat.. Sekalung maaf saya pohonkan andai ada terkasar bahasa..

Sekian..

Keep Smile And Say Alhamdulillah






Damba Kasih

Damba kasihmu Tuhan
Itu suatu kewajipan

Damba kasihmu Rasulullah
Itu membawa ketenangan

Damba kasihmu ibu ayah
Itu punca kerahmatan

Damba kasihmu guru
Itu mengundang keberkatan

Damba kasihmu sahabat
Itu merupakan kenikmatan

Damba kasihmu teman
Itu menjadi keperluan

Damba kasihmu ilmu
Itu kelak menjadi bantuan

Spread your love through all over the world
Without ignoring Who give you love

Keep Smile And Say Alhamdulillah



Kebebasan

AKU INGIN BEBASSSS!!!!
Tiada lagi kongkongan..
Tiada lagi belengu..
Aku adalah aku..
Bebas segala perilaku..
Tiada siapa mampu menghalang..
HAHAHAHAHA
YEAAHHHH!!!!

Bebaskah kita??
Apa engkau fikir engkau telah bebas??
Hingga kau merasakan dunia ini milik kau..
Terserah segala perlakuan menurut nafsu..
Sekali lagi aku tanya..
Bebaskah kita??

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan minggu lalu, izinkan saya membuka satu topik yang berjudul "Kebebasan"..

Apakah yang kita fahami akan definisi kebebasan? Kebebasan dapat saya takrifkan dengan tidak lagi dibelenggu dan berada di bawah kongkongan.. Namun, kebebasan yang akan saya bangkitkan ini bukannya dari aspek nasionalisme namun lebih bersifat umum..

Telah 4 bulan saya diizinkan Allah berhijrah ke dunia baru iaitu 'alam universiti'.. Pelbagai ragam manusia dapat saya lihat dan ambil pengajaran yang nyata berasal dari pelbagai latar belakang.. Ternyata, penghijrahan ke alam baru ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada saya bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga dalam soal sahsiah diri dan kehidupan seharian..

Seperti yang kita sedia maklum, kehidupan di universiti cukup berbeza dengan kehidupan di alam persekolahan.. Lebih mengujakan.. Lebih mencabar.. Dan lebih KEBEBASAN.. Bagi lepasan SPM dari sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti saya, kehidupan di universiti semestinya merupakan satu kejutan budaya.. Telah biasa hidup dalam 'kongkongan' peraturan, 'terikat' dgn protokol2 yang 'merepek', ditambah title 'pengawas' yg diamanahkan utk menguatkuasakan undang2, semakin sukar untuk saya terlepas dari 'seksaan' ini.. Maka kebebasan yang dikecapi di sini, memberikan keterujaan yang teramat dalam diri..

Aku kini bebas.. Tiada lagi hidup di bawah kongkongan peraturan.. Nak pergi kelas atau tidak, terpulang.. Mahu pakai apa sekalipun, terserah.. Nak buat apa sekalipun, aku punya suka lah.. Bisik hati kecilku, saat mula menjejakkan kakiku ke sini.. Sungguh kebebasan yang dikecapi merupakan satu nikmat yang cukup besar.. Pelbagai perkara mula melintasi ruang lingkup fikiranku.. Nak buat itu, nak buat ini.. Eh, itupun aku tak try lagi tapi yang ni pun macam best.. Ibarat syurga dirasakan tika itu..

3 bulan, satu tempoh yang agak lama aku 'hanyut' dalam dunia baru.. Alhamdulillah, kini aku telah kembali dari 'pelayaran' dan menemui 'daratan'.. Izinkan saya sentuh satu persatu kebebasan yang saya maksudkan..

Yang pertama dan paling ketara di sini adalah dari segi pemakaian.. Dihighligtkan di sini bagi kaum hawa aka bidadari dunia.. Diterima masuk ke sebuah universiti yang majoriti kaum Melayu serta kaum bumiputera yang lain, sangkaku pemakaian juga bercirikan ketimuran.. Namun, aku lupa Melayu kini telah "moden".. Bukannya aku harapkan mereka berbaju kurung sepanjang hari namun masyarakat Melayu terkenal dengan kesopanan mereka.. Itu yang aku mahukan.. Namun, unsur ini makin pudar..

Kalau dahulu di sekolah, yang lelaki dipaksa untuk tuck-in (baju dimasukkan dlm seluar), hinggakan akan didenda jika melanggar peraturan ini.. Namun di sini, gadis2 di sini dgn relanya ber'tuck-in'.. Kalau laki tuck-in, dilihat kemas.. Jika perempuan tuck-in, aku lemas.. Mengapa lemas?? Islam menganjurkan wanita melabuhkan pakaian hingga ke bawah punggung, tapi kini mereka sengaja mendedahkannya.. Apa yang kalian cuba lakukan?? Menyajikan hidangan buat kami (lelaki)?? Rasanya makanan di kafe cukup buat kami mengalas perut.. Tidak perlu kalian menjadi "pencuci mulut" ehhh "pencuci mata" buat kami meskipun ada antara kami yang terpaksa berikat perut.. Mungkin keterbatasan berpakaian semasa di sekolah dahulu, kalian lamngsaikan dendam kesumat di sini..

Satu masalah lagi, isu bertudung.. Eh, sekolah dulu bkn kau pakai tudung ke?? Peraturan bro, kalau tak nanti kene denda.. Ringkas jawabnya.. Aku keliru adakah undang2 manusia telah mengatasi syariat Allah?? Memang, di sini memberi kalian kebebasan bertudung atau tidak.. Namun, sebagai pemilik my kad yang tertera perkataan ISLAM, bertudung bukanlah satu pilihan melainkan kewajipan.. "Panaslah bro".. Eh, bkn kita dekat "Puncak Alam" ke, still panas?? Sindiran sinis..hehe Malulah nak pakai tudung labuh2, nanti orang cakap "khemah" bergerak.. Balas sahaja begini sis, " Sungguh khemah inilah yang akan memayungi di saat matahari sejengkal di atas kepala ( mahsyar)".. Sebagai permulaan, tidak perlulah bertudung labuh.. Cukuplah dengan hanya memakai tudung dengan sempurna.. Jika diberikan kekuatan oleh Allah, bolehlah kalian meneruskan langkah seterusnya.. Kata wanita, rambut itu mahkota kalian.. Mahkota itu tinggi nilainya.. Rasanya barang bernilai akan disimpan dengan sebaik mungkin.. Belum pernah tengok dibiarkan bersepah2.. So, simpanlah mahkota kalian elok2, nanti kena curi.. Biarlah yang membayarnya (suami) yang memiliknya.. Satu lagi yang bikin aku panas, satu lecture hall ada yang freehair.. Ggrrrr... Korang yang bebas berpakain, kami yang seksa menahan.. Macam mana lah nak masuk ilmu kalau sikit2 ternampak 'mahkota' kau.. Adududu, benak otak.. Bukan aku letakkan kegagalan aku menyerap ilmu ke atas kalian tapi mungkin kalian merupakan salah satu punca.. Kot.. Tapi kami pun dah banyak dosa lain, tak perlulah nak topup lagi.. Dan mata lelaki ni....hmmm (no komen, cari sendiri).. Tapi Alhamdulillah, so far lelaki kt sini kebanyakannya jalan tunduk je, malu barangkali.. Mungkin juga faktor kami sebagai umat minoriti di sini.. Isk3..

Bagi yang lelaki pula pemakaian kita kadang kala boleh mewujudkan perbezaan taraf.. Mana tidaknya, ada yang datang dengan pelbagai aksesori smpaikan dah tak tahu nak sangkut kat mana lagi.. Sedangkan yang sederhana, hanya cukup sekadar berpakaian kemas menghadiri kuliah.. Hal ini secara tidak langsung akan menyerlahkan dua darjat yang berbeza.. Yang kurang berkemampuan akan malu untuk bergaul dengan golongan berada sedangkan mereka tidak sombong.. Cuma mentaliliti sebegini pasti akan timbul dan melebarkan jurang antara mereka.. Tidak salah hendak bergaya, cuma perlu berpada-pada..

Aku tidak letakkan semua kesalahan ini atas diri mereka kerana mereka mungkin tidak sedar akan kesalahan mereka.. Seperti di awal entri ini aku nyatakan, mereka mungkin dalam mode kejutan budaya.. Mahu menikmati kebebasan yang diberi.. Tapi bagi kita yang sedar, menjadi tanggungjawab kita menegur mereka.. Sungguh, aku tidak berani lantang melontar kata di hadapan mereka.. Masih belum diberi kekuatan.. Cuma ini medium yang aku ada..

Jika dahulu di sekolah, aku berkawan dengan setiap jenis manusia.. Namun kini, aku tidak berani.. Kerna dahulu aku punya sahabat yang mampu menarikku kembali pulang saat aku melampaui batas.. Tetapi di sini aku risau jika tersalah pilih kawan, aku kan terus hanyut tanpa sempadan.. Beri aku masa untuk benar2 mengenali kalian.. Bukan aku sombong namun aku perlu berhati-hati..

Kini, baru aku sedar perlunya undang2, peraturan, protokol dan sebagainya.. Bukan untuk mengongkong tetapi mendisiplinkan diri serta mewujudkan suasana harmoni.. Kerna itu wujudnya syariat Islam bagi memandu umatnya daripada melakukan perkara sewenangnya.. Meski Islam itu tidak membebankan umatnya, perlu ada suatu peraturan untuk mengawal mereka.. Kebebasan itu perlu tetapi kita haruslah menghargainya.. Ini juga satu bentuk kebebasan.. Kebebasan untuk aku bersuara.. Namun, perlulah disalurkan mengikut cara yang betul.. Akhirul kalam, jutaan permohonan maaf didambakan andai ada mengguris hati kalian.. Semoga penulisan ini bermanfaat buat kita semua..


Bebas Jangan Sampai Terbabas

Keep Smile And Say Alhamdulillah