AKU INGIN BEBASSSS!!!!
Tiada lagi kongkongan..
Tiada lagi belengu..
Aku adalah aku..
Bebas segala perilaku..
Tiada siapa mampu menghalang..
HAHAHAHAHA
YEAAHHHH!!!!
Bebaskah kita??
Apa engkau fikir engkau telah bebas??
Hingga kau merasakan dunia ini milik kau..
Terserah segala perlakuan menurut nafsu..
Sekali lagi aku tanya..
Bebaskah kita??
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan minggu lalu, izinkan saya membuka satu topik yang berjudul "Kebebasan"..
Apakah yang kita fahami akan definisi kebebasan? Kebebasan dapat saya takrifkan dengan tidak lagi dibelenggu dan berada di bawah kongkongan.. Namun, kebebasan yang akan saya bangkitkan ini bukannya dari aspek nasionalisme namun lebih bersifat umum..
Telah 4 bulan saya diizinkan Allah berhijrah ke dunia baru iaitu 'alam universiti'.. Pelbagai ragam manusia dapat saya lihat dan ambil pengajaran yang nyata berasal dari pelbagai latar belakang.. Ternyata, penghijrahan ke alam baru ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada saya bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga dalam soal sahsiah diri dan kehidupan seharian..
Seperti yang kita sedia maklum, kehidupan di universiti cukup berbeza dengan kehidupan di alam persekolahan.. Lebih mengujakan.. Lebih mencabar.. Dan lebih KEBEBASAN.. Bagi lepasan SPM dari sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti saya, kehidupan di universiti semestinya merupakan satu kejutan budaya.. Telah biasa hidup dalam 'kongkongan' peraturan, 'terikat' dgn protokol2 yang 'merepek', ditambah title 'pengawas' yg diamanahkan utk menguatkuasakan undang2, semakin sukar untuk saya terlepas dari 'seksaan' ini.. Maka kebebasan yang dikecapi di sini, memberikan keterujaan yang teramat dalam diri..
Aku kini bebas.. Tiada lagi hidup di bawah kongkongan peraturan.. Nak pergi kelas atau tidak, terpulang.. Mahu pakai apa sekalipun, terserah.. Nak buat apa sekalipun, aku punya suka lah.. Bisik hati kecilku, saat mula menjejakkan kakiku ke sini.. Sungguh kebebasan yang dikecapi merupakan satu nikmat yang cukup besar.. Pelbagai perkara mula melintasi ruang lingkup fikiranku.. Nak buat itu, nak buat ini.. Eh, itupun aku tak try lagi tapi yang ni pun macam best.. Ibarat syurga dirasakan tika itu..
3 bulan, satu tempoh yang agak lama aku 'hanyut' dalam dunia baru.. Alhamdulillah, kini aku telah kembali dari 'pelayaran' dan menemui 'daratan'.. Izinkan saya sentuh satu persatu kebebasan yang saya maksudkan..
Yang pertama dan paling ketara di sini adalah dari segi pemakaian.. Dihighligtkan di sini bagi kaum hawa aka bidadari dunia.. Diterima masuk ke sebuah universiti yang majoriti kaum Melayu serta kaum bumiputera yang lain, sangkaku pemakaian juga bercirikan ketimuran.. Namun, aku lupa Melayu kini telah "moden".. Bukannya aku harapkan mereka berbaju kurung sepanjang hari namun masyarakat Melayu terkenal dengan kesopanan mereka.. Itu yang aku mahukan.. Namun, unsur ini makin pudar..
Kalau dahulu di sekolah, yang lelaki dipaksa untuk tuck-in (baju dimasukkan dlm seluar), hinggakan akan didenda jika melanggar peraturan ini.. Namun di sini, gadis2 di sini dgn relanya ber'tuck-in'.. Kalau laki tuck-in, dilihat kemas.. Jika perempuan tuck-in, aku lemas.. Mengapa lemas?? Islam menganjurkan wanita melabuhkan pakaian hingga ke bawah punggung, tapi kini mereka sengaja mendedahkannya.. Apa yang kalian cuba lakukan?? Menyajikan hidangan buat kami (lelaki)?? Rasanya makanan di kafe cukup buat kami mengalas perut.. Tidak perlu kalian menjadi "pencuci mulut" ehhh "pencuci mata" buat kami meskipun ada antara kami yang terpaksa berikat perut.. Mungkin keterbatasan berpakaian semasa di sekolah dahulu, kalian lamngsaikan dendam kesumat di sini..
Satu masalah lagi, isu bertudung.. Eh, sekolah dulu bkn kau pakai tudung ke?? Peraturan bro, kalau tak nanti kene denda.. Ringkas jawabnya.. Aku keliru adakah undang2 manusia telah mengatasi syariat Allah?? Memang, di sini memberi kalian kebebasan bertudung atau tidak.. Namun, sebagai pemilik my kad yang tertera perkataan ISLAM, bertudung bukanlah satu pilihan melainkan kewajipan.. "Panaslah bro".. Eh, bkn kita dekat "Puncak Alam" ke, still panas?? Sindiran sinis..hehe Malulah nak pakai tudung labuh2, nanti orang cakap "khemah" bergerak.. Balas sahaja begini sis, " Sungguh khemah inilah yang akan memayungi di saat matahari sejengkal di atas kepala ( mahsyar)".. Sebagai permulaan, tidak perlulah bertudung labuh.. Cukuplah dengan hanya memakai tudung dengan sempurna.. Jika diberikan kekuatan oleh Allah, bolehlah kalian meneruskan langkah seterusnya.. Kata wanita, rambut itu mahkota kalian.. Mahkota itu tinggi nilainya.. Rasanya barang bernilai akan disimpan dengan sebaik mungkin.. Belum pernah tengok dibiarkan bersepah2.. So, simpanlah mahkota kalian elok2, nanti kena curi.. Biarlah yang membayarnya (suami) yang memiliknya.. Satu lagi yang bikin aku panas, satu lecture hall ada yang freehair.. Ggrrrr... Korang yang bebas berpakain, kami yang seksa menahan.. Macam mana lah nak masuk ilmu kalau sikit2 ternampak 'mahkota' kau.. Adududu, benak otak.. Bukan aku letakkan kegagalan aku menyerap ilmu ke atas kalian tapi mungkin kalian merupakan salah satu punca.. Kot.. Tapi kami pun dah banyak dosa lain, tak perlulah nak topup lagi.. Dan mata lelaki ni....hmmm (no komen, cari sendiri).. Tapi Alhamdulillah, so far lelaki kt sini kebanyakannya jalan tunduk je, malu barangkali.. Mungkin juga faktor kami sebagai umat minoriti di sini.. Isk3..
Bagi yang lelaki pula pemakaian kita kadang kala boleh mewujudkan perbezaan taraf.. Mana tidaknya, ada yang datang dengan pelbagai aksesori smpaikan dah tak tahu nak sangkut kat mana lagi.. Sedangkan yang sederhana, hanya cukup sekadar berpakaian kemas menghadiri kuliah.. Hal ini secara tidak langsung akan menyerlahkan dua darjat yang berbeza.. Yang kurang berkemampuan akan malu untuk bergaul dengan golongan berada sedangkan mereka tidak sombong.. Cuma mentaliliti sebegini pasti akan timbul dan melebarkan jurang antara mereka.. Tidak salah hendak bergaya, cuma perlu berpada-pada..
Aku tidak letakkan semua kesalahan ini atas diri mereka kerana mereka mungkin tidak sedar akan kesalahan mereka.. Seperti di awal entri ini aku nyatakan, mereka mungkin dalam mode kejutan budaya.. Mahu menikmati kebebasan yang diberi.. Tapi bagi kita yang sedar, menjadi tanggungjawab kita menegur mereka.. Sungguh, aku tidak berani lantang melontar kata di hadapan mereka.. Masih belum diberi kekuatan.. Cuma ini medium yang aku ada..
Jika dahulu di sekolah, aku berkawan dengan setiap jenis manusia.. Namun kini, aku tidak berani.. Kerna dahulu aku punya sahabat yang mampu menarikku kembali pulang saat aku melampaui batas.. Tetapi di sini aku risau jika tersalah pilih kawan, aku kan terus hanyut tanpa sempadan.. Beri aku masa untuk benar2 mengenali kalian.. Bukan aku sombong namun aku perlu berhati-hati..
Kini, baru aku sedar perlunya undang2, peraturan, protokol dan sebagainya.. Bukan untuk mengongkong tetapi mendisiplinkan diri serta mewujudkan suasana harmoni.. Kerna itu wujudnya syariat Islam bagi memandu umatnya daripada melakukan perkara sewenangnya.. Meski Islam itu tidak membebankan umatnya, perlu ada suatu peraturan untuk mengawal mereka.. Kebebasan itu perlu tetapi kita haruslah menghargainya.. Ini juga satu bentuk kebebasan.. Kebebasan untuk aku bersuara.. Namun, perlulah disalurkan mengikut cara yang betul.. Akhirul kalam, jutaan permohonan maaf didambakan andai ada mengguris hati kalian.. Semoga penulisan ini bermanfaat buat kita semua..
Bebas Jangan Sampai Terbabas
Keep Smile And Say Alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan