Ahad, 9 Oktober 2016

Karamah Saidina Ali Abi Talib ra



Assalamualaikum wbt..

In sha Allah, perkongsian pada kali ini pula melibatkan seorang lagi tokoh besar Islam iaitu Saidina Ali Bin Abi Talib ra.. Beliau merupakan Khalifah Islam ke-4 dan juga yang terakhir di kalangan Khulafa' Ar-Rasyidin..

Kawasan Rumah Saidina Ali ketika di Mekah


Saidina Ali dilahirkan di Mekah pada 13 Rejab 10 tahun sebelum kenabian Rasulullah bersamaan 15 September 601M.. Nama asalnya ialah Haydar bin Abi Talib namun Rasulullah tidak menyukainya dan memanggilnya Ali yang bererti yang memiliki darjat yang tinggi di sisi Allah.. Menerima gelaran Karamullahu wajhah iaitu semoga Allah memuliakan wajahnya.. Menurut riwayat, Saidina Ali tidak suka menggunakan wajahnya untuk memandang perkara yang buruk bahkan memandang alat kelamin ketika bersama isterinya.. Rasulullah juga pernah memanggil Ali dengan nama Abu Turab.. Beliau turut tergolong dalam 10 orang yang dijamin syurga semasa masih hidup oleh Rasulullah saw..

Mimbar digunakan Saidina Ali saat menjadi Khalifah di Kufah


Saidina Ali menjadi orang yang pertama di kalangan kanak-kanak yang memeluk Islam ketika berumur 10 tahun.. Masa remajanya banyak dihabiskan bersama Rasulullah sehingga beliau menjadi pemuda yang cerdas, berani dan bijak.. Ali diibararkan sebagai kunci untuk memasuki sebuah gudang seandainya Rasulullah itu gedung ilmu..

Saidina Ali mengajar anak muridnya di sini


Saidina Ali berketurunan Bani Hasyim dari sebelah ibunya iaitu Fatimah Binti Asad binti Hasyim.. Manakala ayahnya pula ialah Abi Talib bin Abdul Mutalib, bapa saudara kesayangan Rasulullah saw sendiri.. Saidina Ali bukan sahaja seorang sepupu kepada Rasulullah, bahkan beliau juga merupakan menantu Rasulullah apabila menikahi puteri baginda Saidatina Fatimah az-Zahra ra.. Beliau juga telah diambil Rasulullah dan Saidatina Khadijah sebagai anak angkat sejak kecil bagi membalas jasa serta meringankan beban bapa saudaranya, Abu Talib.. Keakraban Ali bersama Rasulullah digambarkan seperti Nabi Musa dan Nabi Harun as..

Makam Fatimah Binti Asad bonda Saidina Ali di Jannatul Baqi'

Makam Saidatina Fatimah az-Zahra, isteri Saidina Ali di Jannatul Baqi'

Saidina Alu bin Abi Talib ra memiliki 8 orang isteri setelah kematian Fatimah az-Zahra ra serta memiliki kesuluruhan 36 orang cahaya mata.. 18 putera serta 18 puteri yang mana dua anak lelakinya yang terkenal ialah cucu Rasulullah saw, Saidina Hasan dan Husain ra..

Makam Saidina Hassan di Jannatul Baqi', Madinah

Makam Saidina Hussain di Karbala, Iraq

Makam Abul Fadl, putera Saidina Ali di Karbala, Iraq

Makam Abbas, putera Saidina Ali di Karbala, Iraq

Makam Zaynab, puteri Saidina Ali di Damascus, Syria


Keturunan Ali melalui Saidatina Fatimah dikenal dengan Syarif yang bererti bangsawan dan Sayyid iaitu tuan.. Keturunan langsung Rasulullah ini dihormati oleh puak Sunni mahupun Syiah.. Keturunan Saidina Ali dari waris yang lainnya turut tersebar dan dikenali sebagai Alawiyin atau Alawiyah dan mendapat gelaran Sayyid atau Sayyidah..

Nama Saidina Ali turut terukir dalam peristiwa Hijrah apabila beliau menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda semasa cubaan bunuh Rasulullah oleh kafir Quraisy.. Keberanaian Saidina Ali turut ditonjolkan di dalam peperangan bersama pedangnya, Zulfikar.. Antara peperangan bersama Rasulullah yang disertainya ialah Perang Badar, Khandaq dan Khaibar..

Saidina Ali tidur di tiang ini saat menggantikan Rasulullah dalam peristiwa Hijrah


Saidina Ali telah turun ke medan perang buat pertama kalinya ketika berusia 25 tahun dalam Peperangan Badar.. Beliau menjadi pahlawan hebat dalam peperangan tersebut bersama Hamzah ra.. Dalam peperangan Khandaq pula, sekali lagi Ali menunjukkan kepahlawanannya apabila tebasan pedangnya, Zulfikar mengakibatkan Amar bin Abdi Wud menjadi dua bahagian.. Ketika Perang Khaibar, beliau turut menjadi figura utama apabila berjaya menghancurkan benteng Khaibar dan membunuh seorang musuh bernama Mahrab..

Pedang Zulfikar yang terkenal milik Saidina Ali

Koleksi pedang milik Saidina Ali


Beliau juga turut menyertai beberapa peperangan yang lain kecuali Perang Tabuk.. Rasulullah telah mengamanahkan beliau untuk menjadi wakil Kota Madinah dan bertindak menjaga kota tersebut..

Setelah Rasulullah wafat, terdapat sedikit perselisihan mengenai siapa pengganti Rasulullah bagi memimpin umat Islam.. Kaum Syiah berpendapat Saidina Ali yang layak berdasarkan riwayat Ghadir Khum dari Rasulullah.. Namun, puak Sunni masih setia kepada keputusan musyawarah melantik Saidina Abu Bakar..

Dalam perjalanan pulang ke Madinah dari Haji Wada', Rasulullah bersama rombongan singgah bermalam di suatu tempat bernama Ghadir Khum.. Pada malam tersebut, Rasulullah telah keluar dari khemahnya dan berkhutbah sambil memegang tangan Saidina Ali.. Baginda bersabda " Barang siapa menganggap aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang mengakui kepimpinannya dan musuhilah orang yang memusuhinya." Hal ini lah yang menjadi pegangan puak Syiah..

Di kawasan inilah berlakunya peristiwa riwayat Ghadir Khum


Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan ra, Saidina Ali telah dilantik menjadi khalifah ke-4 Khulafa' Ar-Rasyidin.. Beliau memerintah selama 5 tahun, mewarisi kekacauan yang timbul di zaman pemerintahan Saidina Uthman.. Untuk pertama kalinya berlaku peperangan saudara dalam sejarah Islam iaitu Perang Jamal semasa pemerintahan beliau.. 20 000 pasukan pimpinan Saidina Ali menentang 30 000 pasukan pimpinan Zubair al-Awwam, Talhah Bin Ubaidillah dan 'Aishah binti Abu Bakar, janda Rasullah saw.. Peperangan ini dimenangi pasukan Saidina Ali..

Pada akhir pemerintahan Saidina Ali, tercetus pula Perang Siffin diantara pasukan Saidina Ali dengan pasukan Muawiyyah bin Abu Sufian.. Saidina Ali wafat pada usia 63 tahun pada tanggal 21 Ramadan 40H ketika sedang mengimankan solat subuh di Masjid Kufah.. Beliau telah dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam dari puak Khawarij..

Tempat Saidina Ali dibunuh ketika mengimamkan solat Subuh


Saidina Ali telah dimakamkan secara rahsia di Najaf, Iraq.. Namun, ada riwayat mengatakan beliau dimakamkan di tempat lain.. Maka, dengan ini berakhirlah sistem pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin digantikan oleh sistem kekhalifan secara turun-temurun.. Muawiyyah bin Abu Sufian telah mengasaskan Kekhalifahan Bani Umaiyah menggantikan Sistem Khulafa' Ar-Rasyidin..

Makam Saidina Ali di Najaf, Iraq

Masjid Saidina Ali di mana letaknya makam Saidina Ali di Najaf, Iraq


KARAMAH SAIDINA ALI


1) Mampu Berdialog dengan Penghuni Kubur

Menurut Sa'id bin Musayyab, beliau serta para sahabat yang lain telah menziarahi kubur-kubur di Madinah bersama Saidina Ali.. Ketika itu, Saidina Ali bertanyakan khabar penghuni kubur tersebut di alam barzakh serta mereka kembali bertanya kepada Saidina Ali perihal isteri, anak dan harta mereka..

2) Menyambung Kembali Tangan yang Terpotong

Terdapat seorang hamba berkulit hitam telah dijatuhi hukuman oleh Saidina Ali potong tangan kerana mencuri.. Ketika dia melewati Salman al-Farisi, beliau bertanya "Siapa yang telah memotong tanganmu?" Dia menjawab, "Amirul Mukminin, pemimpin besar umat Islam, menantu Rasulullah dan suami al-Bathul (Fatimah)".. Salman al-Farisi kehairanan hamba tersebut tetap memuji Saidina Ali walaupun dia telah dijatuhi hukuman oleh beliau.. Hamba tersebut menjawab "Mengapa aku tidak memujinya? Dia memotong tanganku sehingga tinggal satu sesuai dengan kebenaran dan bererti dia telah menyelamatkan aku dari azab neraka yang pedih"

Salman menceritakan hal ini kepada Ali.. Saidina Ali memanggil hamba itu dan meletakkan tangan yang dipotong di bawah lengannya lalu ditutup dengan selendang.. Kemudian Ali berdoa serta terdengar seruan dari langit "Angkat selendang itu!" Dengan izin Allah, tangannya kembali seperti asal..

3) Pengisar Gandumnya Bekerja Sendiri

Rasulullah menyuruh Abu Dzar memanggil Ali.. Setibanya di rumah Ali, Abu Dzar mendapati pengisar gandumnya sedang mengisar gandum sedangkan tiada sesiapa di situ.. Rasulullah melaporkan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda "Hai Abu Dzar! Tahukah engkau bahawa Allah memiliki malaikat2 yang berjalan2 di bumi dan mereka diperintahkan untuk membantu keluarga Nabi Muhammad"

4) Allah SWT Memerintahkan Malaikat Mikail Menahan Putaran Matahari Kerana Sikap Ali

Saidina Ali sedang tergesa-gesa ke masjid untuk Solat Subuh bersama Rasulullah.. Di tengah jalan, beliau terpaksa melambatkan langkahnya kerana terdapat seorang lelaki tua dan tidak berniat mendahuluinya kerana rasa hormat.. Maka, Ali terlewat sampai dan didapati bahawa lelaki tua tersebut seorang Nasrani.. Ketika beliau memasuki masjid, Rasulullah sedang rukuk.. Maka, sempatlah dia berjemaah..

Seusai solat, para sahabat bertanya mengapa baginda menanjangkan waktu rukuk padahal sebelum ini tidak.. Rasulullah bersabda bahawa ketika rukuk, malaikat Jibrail meletakkan sayapnya di belakang baginda hingga baginda tidak mampu bangun.. Malaikat Jibrail menerangkan bahawa Allah memerintahkan agar baginda tetap rukuk sehingga tibanya Saidina Ali..

Tetapi menurut Jibrail, itu tidak menghairankan.. Yang lebih menghairankan, Allah memerintahkan malaikat Mikail menahan putaran matahari dengan sayapnya.. Nabi saw bersabda "Inilah darjat orang yang memuliakan orang tua meskipun dia seorang Nasrani."

6) Mengangkat Pintu Benteng Khaibar Seorang Diri

Ketika Perang Khaibar, Rasulullah bersabda "Esok pagi aku akan memberikan panji kepada seseorang yang dicintai Allah dan rasul-Nya dan dia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya. Allah akan memberikan kemenangan dalam tangannya" Ternyata orang itu ialah Saidina Ali..

Menurut Abu Rafi', pelayan Rasulullah, seorang Yahudi telah memukul Ali dan beliau melemparkan perisai di tangannya.. Oleh itu, Ali telah mencapai sebuah pintu pada benteng dan dijadikan perisai.. Sepanjang peperangan, Ali menggunakannya sebagai perisai sehingga mencapai kemenangan..

Setelah perang selesai, Ali melemparkan pintu itu sehingga jauhnya 80 jengkal.. Abu Rafi' beserta 7 orang yang lainnya cuba mengangkat pintu itu namun tidak termampu.. Menurut Jabir ra, setelah dilempar Ali, pintu itu cuba diangkat oleh 40 orang namun tidak termampu.. Setelah itu, 70 orang pemuda mengangkat pintu itu dan meletakkannya di tempat asal..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan