Rabu, 5 Oktober 2016

Karamah Saidina Umar Al-Khattab ra


Assalamualaikum wbt..

Jadi In sha Allah pada kali ini saya akan berkongsi pula mengenai seorang lagi sahabat mulia Rasulullah saw, Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab ra, Khalifah kedua pimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq.. Menerima gelaran Al-Farouk yang bererti pemisah antara kebenaran dan kebatilan..

Saidina Umar Al-Khattab dilahirkan pada tahun 586M di Mekah hasil perkongsian hidup Khattab ibn Nufayl dengan Hantamah binti Hisyam.. Terkenal dengan penentangannya terhadap Islam pada suatu ketika dahulu namun akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegas dan berani..

Saidina Umar mempunyai hubungan kekeluargaan dengan baginda Rasulullah apabila Rasulullah menikahi anaknya Hafsah Binti Umar.. Di samping itu, Umar juga dikurniakan beberapa orang anak yang menjadi tokoh Islam yang terkenal seperti Abdullah bin Umar yang lebih dikenali Ibn Umar, Abd Rahman Ibn Umar, Ubaidullah Ibn Umar, Hafsah Binti Umar, Asim Ibn Umar bahkan warisnya terus melahirkan insan hebat seperti cicit beliau Khalifah Umar Abdul Aziz..

Makam Hafsah binti Umar, isteri Rasulullah di Perkuburan Baqi', Madinah

Makam Ubaidillah Ibn Umar di Homs, Syria

Makam Abdullah Ibn Umar di Mekah


Saidina Umar memerintah selama 10 tahun, bermula 634M sehingga 644M.. Beliau merupakan pemimpin yang Islam yang giat menjalankan perluasan kuasa sehingga digeruni oleh kuasa besar Rom dan Parsi.. Antaranya menguasai Syria, Palestin, Mesir, Turki, Iraq dan Afrika Utara.. Tidak lupa juga kebajikan rakyat tetap dititikberatkan melalui pembinaan sistem pengairan, penubuhan baitulmal, penyusunan cukai dan banyak lagi.. Saidina Umar tidak mampu untuk tidur di siang hari memikirkan urusan rakyatnya dan tidak tidur di malam harinya memikirkan urusannya dengan Allah.. Begitulah peribadi kezuhudan Umar..

Umar Al-Khattab bersolat di sini setelah membebaskan Palestin.. Kini, dikenali sebagai Masjid Umar di Jerusalem..

Syiling yang digunakan semasa pemerintahan Saidina Umar

Saya berpeluang melihat sendiri pedang Saidina Umar di Melaka



Menurut seorang penganalisis Barat, Michael M. Hart, Saidina Umar Al-Khattab merupakan individu ke-52 paling berpengaruh di dunia mendahului Julius Caesar, pemimpin agung Kerajaan Rom yang menghuni tangga ke-67.. Sekali lagi, beliau mengatasi Julius Caesar dari segi jumlah luas perluasan kuasa mengejutkan pengkaji-pengkaji Barat sehingga nama beliau kian tersohor.. Hal ini juga membuktikan kepimpinan Saidina Umar diakui sarjana Barat.. Michael M. Hart juga telah meletakkan Nabi Muhammad saw sebagai individu paling berpengaruh di dunia di samping Nabi Isa as di tangga ke-3..

Buku karangan Michael M. Hart


Saidina Umar Al-Khattab wafat pada tahun 644 di Madinah ketika mengimami solat subuh.. Beliau ditikam oleh seorang hamba Parsi, Abu Lu'luah dan dengan ini berakhirnya pemerintahan Khalifah Umar.. Saidina Umar telah dimakamkan di Masjid Nabawi bersebelahan dengan makam Rasulullah dan Saidina Abu Bakar..

Kawasan Saidina Umar ditikam Abu Lu'luah ketika mengimami solat di Masjid Nabawi

Makam Saidina Umar bersebelahan makam Rasulullah dan Saidina Abu Bakar di Masjid Nabawi


KARAMAH SAIDINA UMAR RA


1) Syaitan Takut kepada Umar

"Demi Allah, yang jiwaku berada di tangan-Nya, tiada menemuimu syaitan yang sedang berjalan di jalanan melainkan terpaksa mencari jalan yang lain dari yang  engkau jalani"
(HR Bukhari dan Muslim)

2) Mampu Berbicara dengan Orang Mati

Ibn Abi Dunya meriwayatkan bahawa Saidina Umar mengucapkan salam dan bertanya keadaan ahli kubur ketika melewati perkuburan Baqi'..

3) Malaikat Berbicara Dengannya

Dari Abu Hurairah ra, Rasullah saw bersabda " Antara umat2 sebelum kalian, ada al-Muhaddathun (orang diberi ilham oleh Allah melalui malaikat). Jika ada orang seperti itu dalam kalangan umatku, dialah Umar"
(HR Bukhari dan Muslim)

4) Mampu Melihat dan Berkomunikasi dari Jarak Jauh

Ketika terjadinya peperangan menentang Parsi di Gerbang Nihawan semasa pemerintahan Khalifah Umar, Sariyah bin Zanim al-Khalji ra dan pasukan pimpinannya berputus asa.. Sementara di Madinah, Saidina Umar sedang memberikan khutbah.. Di tengah khutbahnya, Saidina Umar berteriak " Hai Sariyah, berlindunglah ke gunung. Barang siapa menyuruh serigala untuk mengembalakan kambing, maka ia telah berlaku zalim!" Suara Saidina Umar didengari tentera Islam di Gerbang Nihawan lantas berlindung ke gunung.. Akhirnya mereka selamat dan menperoleh kemenangan..

5) Menenangkan Gempa Bumi

Menurut Imam al-Haramain dalam kitab al-Syaamil telah berlaku gempa bumi semasa pemerintahan Umar.. Umar mengucapkan pujian kepada Allah dan memukul bumi dengan kantung tempat susu sambil berkata " Tenanglah engkau bumi, bukankah aku telah berlaku adil kepadamu".. Maka, bumi pun berhenti bergegar dengan izin Allah..

6) Memerintahkan Sungai Nil untuk Mengalir

Pada zaman jahiliah, setiap tahun Sungai Nil akan tidak mengalir dan penduduk Mesir akan melemparkan seorang gadis perawan ke dalam sungai sebagai korban.. Setelah kedatangan Islam ke Mesir, penduduk Mesir mengadu kepada Amru Al-As mengenai hal ini dan beliau melarang meneruskan tradisi ini.. Setelah 3 bulan tetap Sungai Nil tidak mengalir.. Amru mengadukan hal ini kepada Khalifah Umar dan beliau menyuruh Amru mencampakkan secarik kertas yang dikirim olehnya.. Surat tersebut mengandui tulisan tangan Umar yang berbunyi " Jika kamu mengalir dengan sendiri, maka jangan mengalir. Namun jika Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang mengalirkanmu, maka kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa untuk membuatmu mengalir".. Setelah Amru mencampaknya, Sungai Nil benar2 kering sehingga penduduk Mesir bersedia untuk berpindah.. Pagi harinya, Allah swt mengalirkan Sungai Nil 16 hasta dalam satu malam dan akan terus mengalir sehingga Hari Kiamat..

7) Mengetahui Pembunuh Sahabatnya Sebelum Peristiwa Terjadi

Umar pernah memimpin satu pasukan ke Syam.. Sekumpulan orang menghalanginya, lalu dia berpaling sehingga peristiwa ini berulang sebanyak 3 kali.. Umar menyatakan di dalam sekumpulan orang tersebut terdapat pembunuh Uthman dan Ali ra..

8) Api Taat Perintah Umar

Suatu kampung telah dilanda kebakaran di Madinah.. Kemudian, Umar menulis di atas sehelai kain " Wahai api, padamlah dengan izin Allah!" Kain itu dilemparkam ke dalam api, maka langsung terpadam..

9) Dilindungi Dua Ekor Harimau

Utusan Raja Rom datang menghadap Umar.. Ketika dia telah mengangkat pedangnya, Allah mengeluarkan dua ekor harimau dari bumi menyerangnya.. Pedang di tanganntya terlepas.. Umar yang tidak menyedari apa yang terjadi bertanya kepada utusan itu.. Dia menceritakan peristiwa tersebut lantas memeluk Islam..

Berikutlah beberapa karamah yang dikurniakan Allah kepada Saidina Umar Al-Khattab ra.. Semoga dengan kisah ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan kecintaan kita kepada Rasulullah dan para sahabat..

In sha Allah, jika berkesempatan saya akan menceritakan dengan lebih mendalam mengenai peribadi Umar Al-Khattab melalui ulasan buku Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam karya Abdul Latip Talib..

Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam


Wallahualam..
Keep Smile And Say Alhamdulillah :')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan