29 Mei 2015
Keputsan kemasukan ke Institut Perguruan (IPG) bg lepasan SPM 2014 diumumkan.. Bg mereka yg telah berjaya menempatkan diri ke IPG, syabas dan tahniah saya ucapkan..
Saya difahamkan bahawa kira-kira 27000 permohonan kemasukan ke IPG telah dihantar pd tahun ni.. Dan selayaknya anda bersyukur kerana drpd ribuan permohonan, anda merupakan insan yg terpilih..
Terpilihnya anda ke sana bkn sekadar hanya tujuan utk melanjutkan pengajian.. Namun, anda juga secara tidak langsung telah memikul suatu bebanan yg amat berat.. Suatu misi yg cukup sukar.. Suatu amanah yg mnjadi penentu masa depan ibu pertiwi.. Kini, sdah dicop dibahu anda tanggungjawab bg mendidik anak bangsa masa hdapan mnjadi insan kamil yg akan memacu negara suatu hari nnti..
Cabaran yg bakal anda lalui bukanlah semudah mengira 123, namun anda harus mempersiapkan diri anda dr segi fizikal mahupun mental.. Jgn mdah menyerah krn masa dpn mereka ad pd tgn anda.. Jd peganglah amanah ini dgn sebaik mungkin beserta hati yg ikhlas.. In sha Allah... Sesukar mne cabaran yg anda lalui, percayalah anda mampu menanganinya.. Seperti mana firman Allah: " Allah tdak akan membenani hamba-Nya melainkan kemampuannya" (2:286) Anda bolehh!!!
Bg mereka yg tidak berjaya menempatkan diri di sana, usah terlalu sedih.. Anda x dipilih bkn kerana anda x mmpu menggalas tugas berat ini.. Namun, Allah telah menyediakan sesuatu yg lebih baik bagi kamu.. Allah telah susun cantik jalan hidup kita.. Ap yg perlu kita lakukan cuma melalui jalan yg tlah disediakan serta berusaha mengelak drpd terbabas dari landasan..
Ya, saya x nafikan bahawa bg lepasan IPG mereka telah dijanjikan pekerjaan.. So, x perlu bersusah payah mncari pekerjaan selepas dikalungkan segulung kertas bernama 'ijazah'.. Tp adakah anda lupa bahawa drpd 99 nama Allah itu trdapat "Ya Razak".. Yg bererti Maha Pemberi Rezeki.. Ditambah lg dgn "Ya Rahman dan Ya Rahim".. Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. Adakah anda sangka dgn gagalnya anda ke sana, tertutupnya pintu rezeki anda?? Atau adakah anda sendiri yg menentukan rezeki anda?? Percayalah pd sifat Pemurah Allah itu.. Sedangkan ulat yg hidup di dlm batu masih dikurniakan Allah dgn rezeki.. Inikan pula kita manusia iaitu sebaik2 kejadian (diceritakan dlm surah At-Tin).. Ditambah pula aset tercanggih yg pernah ad di muka bumi Allah iaitu 'akal fikiran'.. Anda bebas bertebaran di muka bumi Allah utk mencari rezeki seperti yg dinyatakan Allah dlm surah Jumaah.. Tiada istilah "rezeki aku telah tertutup" andai anda gagal..
Bg mereka yg terlalu kecewa tidak dpt menceburkan diri dlm profession perguruan, peluang anda masih belum tertutup.. Masih byk lg IPTA yg menawarkan profession ini seperti UPSI, USM, UM dan sebagainya.. Peluang sentiasa ad, yg penting adalah usaha kita..
Suatu hal lg, jika anda benar2 ingin menjadi seorang pendidik, anda seharusnya memahami makna sebenar 'pendidik atau guru' itu.. Didiklah dahulu diri anda supaya redha dgn ketentuan-Nya.. Firman Allah :- " Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah itu adalah yg terbaik".. Yakinlah, ad hikmah disebalik kejadian ini..
Utk mnjadi seorang pendidik, tdak perlu utk mengajar di sekolah.. Anda mengajarkan sesuatu ilmu baru kpd seseorang, anda adalah 'pendidik'.. Anda membetulkan kesilapan seseorang, anda adalah 'pendidik'.. Sebenarnya anda juga merupakan pendidik tnpa anda sedari..
Ad diceritakan dalam suatu kisah di mana Imam As-Syafie r.a., memberi makan serta memberi layanan yg baik kpd seorang pengemis yahudi tua yg kotor.. Seorang sahabat beliau menegur " Untuk ap engkau melayan si tua ini dgn baik sekali" Imam syafie membalas " Dia adalah guruku".. Terkejut sahabat beliau apabila mndgr hal itu.. Imam Syafie menyambung " Dia telah menunjukkan perbezaan anjing jantan dan anjing betina sehingga aku dpt membezakan antara keduanya.. Dgn bantuannya aq telah berjaya mengijtihadkan suatu hukum" Begitulah bagaimana sanjungnya Imam As-Syafie r.a. terhadap seorang tua yg mengajarnya sedikit ilmu.. Baginya dia tetap gurunya..
Benar atau tidak saya katakan, bahawa utk mnjadi guru, x perlu u
tk mengajar di sekolah.. Dgn sekelumit ilmu yg kita beri, kita juga adalah seorang guru.. Nilai kembali hati kita.. Adakah benar matlamat kita utk mendidik anak bangsa? Atau hanya mengejar title 'cikgu' itu?? Ataupun jaminan pekerjaan yg telah menanti?? Mgkn juga gaji seorang guru yg lumayan mnjadi kegilaan anda?? Sye bkn mahu berfikiran negatif, namun bg menyedarkan kembali niat asal anda.. Innama amalu bin niat.. Setiap amalan itu ditentukan melalui niatnya.. Jika mmg di dlm diri anda mempunyai sikap seorang pendidik, andai anda bkn seorang guru juga anda mampu mendidik..
Teringat saya akan slogan kata di sek ren saya dahulu, " Tanpa Guru Siapalah Kita".. Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua guru2 yg tlah mengajar saya sjak dari tadika, sek ren, sek men hingga kini saya mampu menjejakkan kaki ke alam universiti.. Sungguh jasamu akan ku kenang..
Saya mnx maaf andai ada tutur kata saya yang mengguris hati anda.. Moga entri ini bermanfaat.. Dan tergerak saya menulis entri ini adalah disebabkan sahabat baik saya yg saya amat kasihi.. Semoga jiwa pendidik akan terus menyala dlm dirimu.. In sha Allah
Whatever result u get,
Keep Smile And Say Alhamdulillah